17 August 2018

368#

Perempuan besi,
dari luaran
nampak gagah
nampak berani
nampak seperti tiada masalah

malah,
semua mahu jadi perempuan besi
semua mahu jadi paling besi

menjadi besi,
harus jatuh dulu
menjadi besi,
harus tumbang dulu

tiap dari kita,
ada sifat perempuan besi itu
sampai masa dia keluar
tanpa sedar
tanpa kita tahu
sebenarnya

kitalah,
perempuan besi itu.

Perempuan besi,
kuat tapi dia penyimpan takungan air paling besar
gagah tapi luka dijiwa paling banyak
tersenyum tapi keperitan dia paling tak terucap

Perempuan besi,
nampak selalu kalah,
tapi dia berdiri kuat
teguh
dengan jiwa yang hanya dia yang genggam

Perempuan besi,
paling kerap jatuh
paling kerap jua bangkit

kitalah; perempuan besi itu.
Share:

16 August 2018

367#

Hakikatnya,
Aku lega dengan apa terhidang depan aku,
apa aku punya

paling penting,
hari-hari aku nampak mama
aku yang ingatkan dia pasal ubat
aku yang bawa dia mana dia nak pergi
aku yang pimpin tangan dia tiap kali dia nak jalan

itu paling aku mahu

biarla bagaimana sekali orang persoalkan 
kenapa hang tak kahwin
kenapa hang masih duduk dengan family
kenapa hang masih manja dengan parents hang

sebab ini yang aku mahu
sebab ini yang aku bahagia
sebab ini yang aku pilih

aku pilih untuk jaga syurga aku dulu
jaga betul-betul walaupun tak sebaik mama ayah jaga aku 

aku cuba.
Share:

366#

Cubaan kali ini, umpama aku main langgar je.
Difikir malu, sampai bila aku masih disini
- seorang
Jadi, aku teruskan ja.

try & error
jadi, syukur
tak jadi, bukan masanya lagi

itu je.

Jangan runsingkan kepala, fikir benda bukan-bukan
banyak lagi benda best, dari nak meratap hati disakiti
kan?

Share:

14 August 2018

365#

11 Ogos,
Hari yang aku tunggu,
Hari yang aku mula percaya pergorbanan aku berbaloi,
kerna aku dapat tengok senyum mama panjang, ayah peluk cium tanda bangga
Alhamdulilah.

Semua ini untuk mereka.
kerna mereka percaya;
aku pilih jalan ini dan aku akan pulang dengan sengenggam ijazah yang aku idamkan.

mereka letak sepenuhnya kepercayaan
dikala kawan-kawan aku sibuk persiap diri untuk kahwin
dikala kawan-kawan aku sibuk mencari kerja tetap
dikala kawan-kawan aku sibuk travel sana-sini

aku?
disitu,
belajar,
buat assignment
ke kelas
sampai adakala aku lupa erti penat

jujur berbaloi
berbaloi tidak hiraukan kata-kata orang
berbaloi aku percaya diri aku mampu
berbaloi aku teruskan walaupun hampir jatuh teruk

sungguh, aku berbangga dengan diri aku
sungguh, hari itu hari yang bikin aku tersenyum
sungguh, aku bersyukur Dia beri peluang ini
 sungguh, aku bersyukur Mama Ayah gembira dengan kejayaan ini

Terima kasih.
Aku rasa cukup.
Aku sudah puas.
Puaskan hati sendiri, itu paling penting.

Aku rasa aku mahu peluk diri sendiri.
dan cakap; hang berjaya nazura, hang berjaya sampai kesini walaupun hakikatnya pada awalnya hang tak yakin.

Alhamdulilah ;)
Share:

08 August 2018

364#

You know who you are,
permintaan aku kali ini cuma;

Please,
Jangan hilang lagi
Please,
Selalu ada-- walaupun tahap dah meluat
Please,
Jadi diri sendiri, bila dengan aku

You know who you are,
permintaan aku cuma;

Please,
keep going!
Please,
kalau tak tahan lagi tanggung, luahkan.
kerna aku selalu ada.

Please,
Jangan jauh lagi.

Boleh kan?
Aku ada untuk kau,
InshaAllah, sampai tua.
Share:

363#

Ini tulisan saja-saja.

Aku pernah ada lebih dari 1 buku, tentang segala perasaan aku.
Perasaan yang simpan, yang aku tak terluah.
Bukan sebab tiada kawan, bukan tiada yang mahu mendengar
tapi aku malu.
__

Malu mahu kabar, aku tidak sekuat mereka tahu.
cuma ada, 2/3 insan yang Allah hantar yang betul aku percaya mereka.
hanya mereka.

tapi masih, aku menulis kerna aku tahu
di buku-buku contengan itu,
aku jadi diri aku.
__

buku-buku itu, tersimpan semua rasa itu.
tersimpan perasaan yang aku
paling suka
paling sedih
paling remuh
paling kecewa
paling sakit
paling gembira
paling tersentuh

buku itu; saksi

benarnya, aku rindu mahu menulis dibuku itu
buku itu, masih aku simpan.
ada juga buku-buku yang aku buang
kerna aku sudah puas baca ulang-ulang sampai rabak
__

macam blog ini, aku cipta atas alasan aku mahu luah rasa yang aku tak mampu katakan
luahkan rasa yang aku tahu manusia akan jelek kalau aku cakap
blog ini wujud kerna sakit pertama yang aku rasa aku tak kuat untuk bangkit
dari sakit itu, wujudnya blog ini.
sehingga sekarang, aku simpan blog ini

kerna tiap kali aku sakit,
aku akan baca.
aku akan ingat balik aku pernah sakit teruk dan aku berjaya bangun
jadi blog ini antara pemyembuh sakit-sakit yang aku cari sendiri
penyembuh untuk sakit-sakit yang cuma sekejap saja.
__

aku;
sayang buku-buku penuh rasa hati aku
sayang blog ini sebab dia, suara hati aku.

suara yang aku belum mampu cakap dengan sesiapa.
Share:

362#

Perkara kecil yang kita selalu lupa,
menghargai orang yang sayang kita
bukan dengan luahkan rasa sayang itu saja cara menghargai
terlalu banyak tapi kita ambil mudah

kerna pada kita, selagi ada dia
selagi tu kita bersenang
selagi dia ada, selagi tu kita rasa itu hanya benda remeh

akan sampai masa,
dia mula jauh hati
pilihan yang dia ada,
baik pergi dari stay ada orang langsung tidak kisah
baik pergi dari stay dengan manusia tahu diri sendiri saja

akan sampai masa,
dia pun rasa patut dia berhenti sayang orang yang tiada masa untuk dia

sampai masa itu,
kau baru sedar
dah terlambat.

dia sudah pergi.

Share:

07 August 2018

361#

diam itu,
bukan sebab aku tak ingat

diam itu,
bukan sebab aku tak sayang

diam itu,
bukan sebab aku mahu lepaskan

diam itu,
bukan tandanya aku tidak kisah

diam itu,
untuk biarkan kau tahu apa erti rindu.

tapi malangnya
hanya aku yang rindu
Share:

360#

Berita yang aku dapat,
jujur sakit
terlalu sakit
hinggakan aku rasa aku tak mampu lagi tanggung

Kenapa ada orang buat aku macam ni?
sampai begini sekali aku
diajar
dihukum

aku redha
tapi sakit

tak menangis
tapi sakit

aku nak sangat lupakan
hilangkan diri

tapi bukan itu yang patut aku buat
aku patut hidup dalam kesakitan ini
aku patut jalani hidup ini

hidup ini bukan semata untuk rasa sakit
tapi sakit itu -- part of life.

sakit macam mana pun,
pedih macam mana pun,
aku kena lalui

kalau aku tak lalui,
macam mana aku nak tahu apa ada di depan.

mungkin depan lebih menyakitkan,
sekurangnya aku dah bangun dari sakit yang ini.

moga seorang Nazura mampu senyum dalam sakit.
ameen.

ps; setiap kesakitan pasti Allah hadiahkan berita paling buat kau rasa terubat, aku percaya itu. selalu percaya.
Share:

03 August 2018

359#

"Jangan tunjuk yang awak terlalu kuat, kerna bila awak jatuh orang tak hiraukan pun"
__

Itu kata-kata yang aku dapat dari kau. 
patut la sekarang bila aku tak kuat
aku perlukan support dari segi kemanusian itu,
aku rasa susah.

aku kena usaha bangun sendiri
seperti 3 tahun lepas, 
aku janji aku tak nak nangis 

tapi hakikatnya 
dalam dia,
mata aku hari-hari keluar air mata.

sebab apa?
__
sebab kau.
sebab sayang 
sebab aku takut

hari-hari, aku bilang pada diri aku;
jangan jatuh ke lubang yang sama
tapi dengan kau,
aku terpaksa hadap lubang yang sama.

bodoh kan?
aku kena lalui fasa yang sama
semua kerna kau

walaupun pernah lalui
tapi tetap juga aku rasa sakit itu
tetap juga aku rasa susah nak lalui

*tarik nafas dalam-dalam*
Share: