14 August 2018

365#

11 Ogos,
Hari yang aku tunggu,
Hari yang aku mula percaya pergorbanan aku berbaloi,
kerna aku dapat tengok senyum mama panjang, ayah peluk cium tanda bangga
Alhamdulilah.

Semua ini untuk mereka.
kerna mereka percaya;
aku pilih jalan ini dan aku akan pulang dengan sengenggam ijazah yang aku idamkan.

mereka letak sepenuhnya kepercayaan
dikala kawan-kawan aku sibuk persiap diri untuk kahwin
dikala kawan-kawan aku sibuk mencari kerja tetap
dikala kawan-kawan aku sibuk travel sana-sini

aku?
disitu,
belajar,
buat assignment
ke kelas
sampai adakala aku lupa erti penat

jujur berbaloi
berbaloi tidak hiraukan kata-kata orang
berbaloi aku percaya diri aku mampu
berbaloi aku teruskan walaupun hampir jatuh teruk

sungguh, aku berbangga dengan diri aku
sungguh, hari itu hari yang bikin aku tersenyum
sungguh, aku bersyukur Dia beri peluang ini
 sungguh, aku bersyukur Mama Ayah gembira dengan kejayaan ini

Terima kasih.
Aku rasa cukup.
Aku sudah puas.
Puaskan hati sendiri, itu paling penting.

Aku rasa aku mahu peluk diri sendiri.
dan cakap; hang berjaya nazura, hang berjaya sampai kesini walaupun hakikatnya pada awalnya hang tak yakin.

Alhamdulilah ;)
Share:

0 comments: