Ini tulisan saja-saja.
Aku pernah ada lebih dari 1 buku, tentang segala perasaan aku.
Perasaan yang simpan, yang aku tak terluah.
Bukan sebab tiada kawan, bukan tiada yang mahu mendengar
tapi aku malu.
__
Malu mahu kabar, aku tidak sekuat mereka tahu.
cuma ada, 2/3 insan yang Allah hantar yang betul aku percaya mereka.
hanya mereka.
tapi masih, aku menulis kerna aku tahu
di buku-buku contengan itu,
aku jadi diri aku.
__
buku-buku itu, tersimpan semua rasa itu.
tersimpan perasaan yang aku
paling suka
paling sedih
paling remuh
paling kecewa
paling sakit
paling gembira
paling tersentuh
buku itu; saksi
benarnya, aku rindu mahu menulis dibuku itu
buku itu, masih aku simpan.
ada juga buku-buku yang aku buang
kerna aku sudah puas baca ulang-ulang sampai rabak
__
macam blog ini, aku cipta atas alasan aku mahu luah rasa yang aku tak mampu katakan
luahkan rasa yang aku tahu manusia akan jelek kalau aku cakap
blog ini wujud kerna sakit pertama yang aku rasa aku tak kuat untuk bangkit
dari sakit itu, wujudnya blog ini.
sehingga sekarang, aku simpan blog ini
kerna tiap kali aku sakit,
aku akan baca.
aku akan ingat balik aku pernah sakit teruk dan aku berjaya bangun
jadi blog ini antara pemyembuh sakit-sakit yang aku cari sendiri
penyembuh untuk sakit-sakit yang cuma sekejap saja.
__
aku;
sayang buku-buku penuh rasa hati aku
sayang blog ini sebab dia, suara hati aku.
suara yang aku belum mampu cakap dengan sesiapa.
0 comments:
Post a Comment