Sebenarnya taktau nak cakap macam mana, bukan sekali rasa begini tapi berkali. Bukan salah siapa, salah diri sendiri sebenarnya. Aku yang terlampau bodoh, mungkin. Ya, kata orang lain aku tak selayaknya berasa begini sebab aku tak sepatutnya. Tapi pada aku, yang tahu diri aku. Aku tahu kenapa begini cerita hidup aku, mengapa begini corak hidup aku. Kerana masa dulu, aku seorang yang teruk. Ini ujian aku, ini balasan dosa-dosa aku pada Yang Esa, pada Mama Ayah aku.
Mengapa tiada yang berada disisi, kerana aku.
Mengapa tiada yang sudi, kerna aku.
Mengapa tiada yang menyayangi, kerna aku.
Semuanya kerana aku, aku yang bersalah.
Aku terlampau
Aku terlebih
Aku tidak layak
Allah, pedihnya.
Sampai saat ketika ini, difikiran ku cuma satu?
Apakah aku mampu lagi?
Apakah aku layak buat untuk menjadi terbaik untuk diri sendiri?
Aku tahu, Kembali kepada Yang Esa.
0 comments:
Post a Comment