Tanggal 10hb July 2015
Aku sakit
Sakit yang aku tak boleh nak ungkap dengan kata-kata
Hanya Allah yang tahu.
Sungguh, aku rasa mungkin begini lah abah tahan sakit tu
Betapa kuatnya abah tahan sakit berbelas tahun
Aku sakit hanya satu malam,
terus rasa mahu mati
mahu peluk mama ayah
menangis merintih
Aku disahkan ada batu karang di dalam buah pinggang,
buah pinggang aku bengkak
aku diam.
Langsung tak pernah terfikir.
Aku sedar, Allah hantar ujian sebegini untuk aku sedar
untuk aku tahu
sesihat mana pun aku, akan aku rebah jua.
Perancangan Allah sangat baik kerna Dia beri ujian
di bulan yang sangat mulia, Ramadhan.
Allah..
Aku bersyukur kerna di beri ujian ini
Aku tahu mesti ada hikmah yang baik, InshaAllah.
Jauh dari sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat
kerna aku ada keluarga & kawan-kawan
yang tak putus doakan aku.
Terima kasih.
Moga kesakitan ni, beri aku kesedaran.
0 comments:
Post a Comment