kau mahukan bidadari cantik
aku tak mampu berikan
Tercinta,
kau mahukan bidadari molek masa lampaunya
aku tak mampu ubah lagi masa lampau ku
Tercinta,
kau mahu bidadari menawan
aku cuma mampu beri senyuman terpaling manis
Tercinta,
kau mahu bidadari merdu suaranya
maaf, suara aku begini kasar bunyinya
Tercinta,
kau mahu bidadari sentiasa ada
maaf, aku jauh aku tak mampu tunaikan
Tercinta,
berbahagialah dengan bidadari yang kau mahu
aku pergi menjadi diri aku bidadari yang cuma ada diri aku.
0 comments:
Post a Comment