Menjadi seorang aku, tak senang
menjadi seorang engkau pun, aku pasti tidak senang
masing-masing punya cabaran sendiri
masing masing punya cara sendiri
masing-masing ada masalah sendiri
masing-masing ada geli sendiri
masing-masing ada perangai sendiri
masing-masing ada kebencian sendiri
masing-masing ada kesukaan sendiri
semua ada
tiada terkecuali
tetapi kita mesti ada satu persamaan
kita mahu yang terbaik buat diri
buat orang sekeliling
kita mahu disayangi
kita mahu dimanja
kita mahu dicintai
semua mahu
tiada terkecuali
seteruk mana pun dia
serabak mana pun dia
bermasalah mana pun dia
sehina mana pun dia
pasti, dia mahu.
0 comments:
Post a Comment