31 March 2014

257#

Paling mahu aku pasal kau adalah, jujur.
jika suka, katakan suka
supaya aku tahu aku tak bertepuk sebelah tangan
jika rasa muak, bagitahu
supaya aku berhenti berharap
jika rasa sayang, rasakan pada aku
supaya aku tahu aku tak keseorangan
jika rindu, kirimkan rindu itu
supaya aku tahu aku masih diingati
jika menyampah, katakan menyampah
supaya aku boleh jauhkan diri
membawa diri pergi
jika mahukan aku, akui
tunjukkan
supaya aku tahu
supaya aku tak perlu rasa seperti cuma aku mahukan kau.

#kekasihtakdianggap
Share:

0 comments: