27 March 2014

255#

walaupun berita tentang kau dah heboh satu dunia
jauh dari sudut hati aku
harapan untuk tengok kau pulang membawa semua
masih ada
masih tersisa

walaupun heboh diperkata macam-macam
aku masih berharap
berita itu mimpi
berita itu cuma cakap-cakap mereka

sungguh, aku mahu berita itu cuma mimpi
tapi itulah hakikat yang semua kena terima

pergi kau membawa seribu harapan
berita yang diterima memusnahkan seribu harapan

apapun
doa semua tetap ada untuk mereka

Moga Allah swt tabahkan keluarga mereka
Moga Allah swt beri kekuatan kepada keluarga mereka
Moga Allah swt permudahkan segala urusan
Moga musibah yang kita terima ini memberi pahala kepada kita semua ;)

Amin.

Al-Fatihah buat penumpang dan anak kapal #mh370
Share:

0 comments: