06 January 2013

37#

Aku bukan tak percaya cinta sepenuhnya. Kalau aku tak percaya cinta, macamana aku boleh cakap aku sayang keluarga aku, tuhan aku dan jugak sahabat aku. Aku cuma masih belum boleh cakap aku cinta pada seseorang, seseorang yg akan jadi istimewa. Mungkin pada faktor masa aku rasa aku tak perlu seseorang tu ataupun aku rasa aku dah cukup. Tapi sebenarnya satu sudut dari hati aku selalu cakap sebenarnya aku memerlukan seseorang. Ya seseorang yang aku sendiri tak pasti siapa org dia. Lepas pelbagai benda jadi dalam masa setahun dua ni, aku jadi patah harapan, putus harapan, jauh hati dan lebih senang boleh dikatakan heartless dalam hal tu. Aku lebih pilih untuk sendiri kerana aku lebih senang begitu. Maka begitu ramai kawan cakap, tak senang sebenarnya hidup sendiri ini. Tapi hampir setahun aku masih sendiri, buat semua benda sendiri, pendam semua rasa sendiri, menyelesaikan masalah sendiri dan jugak menghadapi kesusahan sendiri. Mungkin betul kata mereka, tapi aku dah pilih untuk begini. Aku lebih senang begini, bergerak sendiri. Mencari apa yang lebih penting dalam hidup. Ya, aku percaya jodoh itu pasti tak kira tempat dan masa. Aku percaya satu hari nanti akan ada bila aku betul betul sedia dari semua segi. Walaupun berpuluh orang tanya kenapa aku pilih untuk hidup sendiri, aku cakap aku nak teman mereka yang sama nasib macam aku. (Mereka : yang jatuh dalam satu perhubungan) Aku tahu ramai sakit macam aku, rabak sampai rasa nak mati sakitnya. Dalam pada itu, kita patut bersyukur DIA paling menyayangi kita. Aku selalu ingatkan diri, aku bukan seorang kerana DIA sentiasa ada teman aku dimana aku ada, selalu ada bila aku susah sakit senang gembira :) Tak pernah meninggalkan aku. Jadi aku makin tidak takut utk hidup sendiri. Walaupun mama aku sendiri selalu tanya soalan yang sama : bila anak mama nak kawen? Hampir saban hari. Letih tu memang letih tapi dalam itu aku paham hati ibu mana tak risau anak dia yang berumur 23 tahun masih pilih hidup sendiri. In Sha Allah, DIA dah tetapkan yang terbaik :) Aku cuma percayakan itu sahaja. 

Kalau ada jodoh ada, kalau takda lagi. Kita tunggu sama-sama ya*senyum*
Share:

0 comments: