20 August 2012

12#

Assalamualaikum kawan-kawan :')
Kesalahan yang kita buat kadang-kadang tak layak pun diterima maaf tapi sekalian orang tetap memaafkan kesalahan kita tu sebab mereka rasa kita boleh berubah. Tapi kenapa kita masih buat kesalahan yang sama, tak tahu kah?kita bahawa mereka terasa sakit sangat dalam hati itu. Kenapa kita buat kalau kita tau? Sengaja atau tidak sengaja. Ya semua manusia pernah buat salah, tapi cara kita sedar akan sesuatu kesalahan tu berlainan. Ada setengah orang masih mahu pertahankan diri walaupun kesalahan itu terang lagi bersuluh. Pelbagai jenis manusia melakukan pelbagai jenis kesalahan. Sekiranya kita redha untuk memaafkan, maafkan sahaja. Lepas tu, tutup buku. Tapi aku tahu manusia mana mampu sorokkan rasa sakit dalam hati, meskipun hari-hari senyum didepan semua orang bagai tiada apa yang sakit. Ramai macam tu, aku tahu. Sebenarnya semua orang berlakon, berlakon jadi gembira walaupun dalam hati sedih sangat. Berlakon senyum walaupun sebenarnya rasa macam nak masam je sepanjang hari. Kita bukan hipokrit tapi kita nak jaga mood dan hati orang lain, sebab kita sayang semua orang. 

Maka dengan itu, kepada sesiapa yang selalu menyakiti orang lain tu sedar lah. Kita bukan lama kat dunia ni pun, mohon sedar cepat sebelum terlambat. Dan sila sedar bahawa sebenarnya orang paling suka kita sakitkan tanpa sedar tu sebenarnya paling sayang kita :')
Share:

0 comments: