13 September 2023

394#

 Lama betul, aku tinggalkan dunia blog. dunia self-talk ni. 

Dunia yang aku sendiri cipta, sebab sini saja tempat aku mampu jadi diri sendiri,

cerita segala masalah aku, cerita apa sebetulnya aku rasa.

Ya tahu, cuma Allah dan aku. 


Ada masa dan ketika nya, aku sendiri jatuh

aku takda tempat lagi untuk bergantung

bukan kerana aku tidak mahu minta tolong

tapi tiada siapa mahu hulurkan bantuan bila aku meminta.


disebabkan acapkali, terjadi.

aku memilih untuk sendiri.

untuk terus kedepan tanpa sokongan 

tanpa kata-kata semangat

tanpa pelukan

tanpa sesiapa.


aku selalu cuba refleks diri aku 

disetiap apa yang terjadi

perkerjaan aku

impian aku

angan-angan aku

tanggungjawab aku

perasaan aku 

--

semua.

sampai satu ketika, aku rasa aku kosong

hilang semua rasa.


kerana, berkali-kali

aku cuba menjadi manusia berperasaan

tapi acap kali perasaan aku dianggap tidak valid.

aku seperti taklayak berperasaan;

marah, sedih, sakit hati, overthinking, kecewa.

--

semua.


aku seperti;

harus menjadi seorang robot.

mungkin.


tiap kali solat, pinta ku pada Maha Esa.

kosongkan hati aku. beri aku sifat redha.

tutup pintu aku dari berasa apapun.

bekukan airmataku.


kerana aku sudah penat.


Share:

0 comments: