07 October 2019

383#

Hati-hati
dengan hati

adakala rasa yang dia rasa
menipu
kerna kita paksa diri kita untuk rasa begitu
kerna kemahuan kita itu, itu paksa hati kita untuk rasa 
apa kita mahu

hati-hati 
dengan hati
adakala dia beri rasa
paling perit
buat rasa mahu jadi manusia paling tawar hati

hati-hati
dengan hati
ada masa
kita terlampau ikut
hingga akal tidak mampu lawan

hati-hati
dengan hati
kerna rasa boleh bawa mati
Share:

0 comments: