31 October 2019

387#

berhenti jadi 'orang kena faham aku begini'
berhenti jadikan diri sendiri susah itu sebagai alasan
berhenti menghukum orang lain tanpa sebab
behenti menjadi orang yang tak tahu hargai orang lain
berhenti menjadi diri sendiri

ya,
dah tiba masa nya aku berubah
menjadi bukan diri aku.
menjadi diri yang orang lain terima.


Share:

386#

terlalu kejam bila aku letakkan dia ditempat yang aku sendiri tak mampu pergi.
apa mahu ku tak sepatutnya begitu
maafkan aku
kerna berlebihan
kerna menjadi seorang yang pentingkan diri adakala

maafkan aku.


Share:

23 October 2019

385#

Sudah masa nya,
aku jauhkan dari elektronik
segala jenis sosial
supaya aku lebihkan masa untuk diri aku sendiri
fikir sewaras-nya
mencari diri sendiri kembali
mengumpul kekuatan diri
berehat dari social attach
berehat dari tengok dunia luar
berehat dari tengok cerita orang lain
.
aku nak susun balik cerita aku kembali
mula menulis
mula senyum dari hati
belajar ikhlaskan diri
kumpulkan energi positif
nyahkan negatif vibes
.
semoga nazura kembali kesedia kala.
ameen
Share:

07 October 2019

384#

tentang rindu-rindu
yang kita serik bicara
tanpa kita tahu rindu itu perit
rindu itu memaksa akal jadi orang yang tidak waras

tentang rindu-rindu
yang bikin hati ini rasa pedih
yang bikin kita lupa diri ini

tentang rindu-rindu
yang adakala tidak terbalas

tentang rindu-rindu
yang ada baik nya simpan seorang

tentang rindu-rindu
yang makin hari bikin hati ini mati
Share:

383#

Hati-hati
dengan hati

adakala rasa yang dia rasa
menipu
kerna kita paksa diri kita untuk rasa begitu
kerna kemahuan kita itu, itu paksa hati kita untuk rasa 
apa kita mahu

hati-hati 
dengan hati
adakala dia beri rasa
paling perit
buat rasa mahu jadi manusia paling tawar hati

hati-hati
dengan hati
ada masa
kita terlampau ikut
hingga akal tidak mampu lawan

hati-hati
dengan hati
kerna rasa boleh bawa mati
Share:

06 October 2019

382#

Kau
manusia yang aku rindu
tapi aku tidak bisa khabar satu dunia

Kau
manusia yang aku mahu simpan
tapi aku tidak bisa kerna kau milik semua

Kau
manusia yang aku paling sayang
tapi aku tidak bisa kerna hati aku juga milik orang

Kau
manusia yang aku rindu
terima kasih
kerna mengajar aku erti
rindu
sayang
sakit
bahagia
senyum
jatuh
sendiri

terima kasih.
Share:

381#

Hari itu,
Kau datang membawa
kasih
yang aku tidak bisa menolak

Hari itu,
kau datang membawa
harapan
yang bikin aku melayang tinggi

Hari itu,
kau datang membawa
senyuman
bikin seluruh hidup aku berhenti

Hari itu,
kau memberi cinta
yang paling bahagia pernah aku rasa

Hari itu,
Kau genggam tangan ini
erat-erat
hingga aku rasa
terpaling selamat disisi kau

Hari itu,
semestinya
sudah tamat.
Share: