2017 sudah. Sekejap sangat masa berlalu. Alhamdulilah dah tahun akhir utk belajar. Sejujurnya untuk tahun ini, tiada perancangan yang specify. Aku lebih kepada mahu ikut flow dan ikut saja perjalanan yang telah dibentangkan. InshaAllah dengan izin Allah, aku akan tamat belajar dalam tahun ini juga. Aku akan berkerja tahun ini juga.
2017, maksudnya sudah 27 tahun. Dan aku masih sendiri dalam scope kata yang luas. To my future, I hope that we can survive in the way that we want to be. Tak minta banyak pun untuk tahun ini, aku cuma nak lebih fokus pada diri sendiri dan keluarga. Itu saja. Dan lebih mengajar diri untuk menjadi lebih baik dan kearah yang diredhai Allah.
2017, bukan tahun untuk aku main-main lagi. 27 tahun yang dah boleh bina empayar sendiri dah sebenarnya tapi aku percaya perancangan Allah itu lebih indah dan cantik. Jadi aku redha, aku ikut. Apa kata mereka, biarkan. Apa mahu mereka, biarkan. Jangan terlampau kisah pasal orang lain, sehingga lupa siapa patut aku kisah sebenarnya.
2017, tahun yang aku harap semuanya berjalan lancar dan segala keputusan yang akan dibuat beri manfaat yang baik untuk aku. InshaAllah.
2017, aku harap menjadi tahun yang baik-baik saja :)
kerna 2016, tahun aku sakit teruk. tahun aku rasa aku lost. tahun yang aku jumpa diri aku. tahun yang aku hilang diri aku. tahun yang terlalu banyak mengajar aku erti hidup, kemaafan, persahabatan dan yang paling penting tentang islam. Terlalu banyak membuka mata aku.
Moga tahun 2017, lebih membuka aku kepada sesuatu yang baik untuk aku. InshaAllah.
0 comments:
Post a Comment