bulan 10,2014
awal bulan tapi macam-macam dah jadi. act takda la macam-macam, tapi starting bulan 10 agak baik. dan bulan ni bulan yang ramai sangat sambut hari lahir. Paling bermakna adalah ulang tahun mama ayah, aku bersyukur aku ada mama ayah stay together until now even macam-macam pernah jadi 2 years back. aku syukur sangat. serius aku terima kasih sebab tuhan selalu jaga hubungan keluarga kami. no matter what happen, i know Allah knows the best for us. kan?
ok, aku nak sambung belajar balik dah. awal bulan 11. dan aku tak tahu apa patut aku rasa bila aku kena jejak tempat aku paling taknak duduk dalam jangka masa yang lama. kali ni 3 tahun juga, dan aku rasa takkan ada benda effect-kan diri aku. i hope so.. aku tahu aku over thinking sekarang, aku tahu aku boleh handle tapi at the same time aku takut. jujur takut sangat. i dont know why. aku harap perkara yang terjadi tahun 2010 takkan berulang sebab aku memang taknak benda tu jadi. i dont want to lose the trust again, i dont want to be depressed anymore, i dont want to be paranoid.
just hope everything will be alright *put smiley*
kedua buat aku menulis hari ni sebab, aku rasa nak cakap dengan diri sendiri. bercakap depan cermin tu memang dah habit, tapi aku perlu brain wash diri aku. perlu muhasabah diri aku. kena siapkan diri aku untuk segala benda. setahun aku rehat tanpa buat benda yang boleh buat aku stress, of course la aku suka gila. tapi benda akan berubah kurang dari sebulan, aku akan kembali kepada hidup lama which is busy dengan study, hidup dengan kawan-kawan, most of the time habis masa makan tidur sembang borak dengan kawan. dan aku masih tak pasti aku masih pandai ke bercakap dengan orang asing, aku masih boleh ke mixed around dengan orang asing. yes! for 12 months aku jarang sangat-sangat cakap dengan sesiapa yang baru. dalam masa 12 bulan, aku hanya bercakap berkomunikasi dengan orang melalui whatsapp, twitter dan itu sahaja aku rasa. jarang gila communicate dengan orang luar. yes! aku memang macam duduk dalam gua and im happy, so what?
ok, sepatutnya aku cakap dengan diri aku. beri nasihat. ini kenapa dah berubah macam meluahkan apa rasa hati.
nazura, aku tahu kau tak sekuat mana. aku tahu kau tak selembik kau fikir. kau kena bersyukur, yes bersyukur sebab kau masih di sini. Allah masih bagi jalan kat kau, Allah masih beri dugaan dalam hidup kau which kau tak dapat upu for twice times. kau menganggur, ayah mama kau rajin masuk hospital dan kau tau Allah bagi semua tu supaya kau sedar supaya kau tau dia nak kau ingat dia, supaya kau takkan lupa dia, supaya kau jaga agama dia yang dia beri sejak kau lahir. kau kena tahu Allah tak pernah lupa kau, kau je asyik lalai. Kau kena sedar, setiap kali kau susah pasti kau akan jumpa jalan. Dan jalan tu dia yang bagi, kau sedar tak? Dia ada, dia sentiasa ada. Faham nazura?
aku harap aku takkan lupa niat aku bila aku dah sambung degree, aku tak lupa apa tanggungjawab aku, aku tak lupa aku buat sebab mama ayah nak aku ada masa depan yang baik. aku harap aku dapat corak kehidupan aku dengan lebih baik dari sebelum ni. aku harap aku kuat, walau apapun. InshaAllah.
Mama pesan ; belajar belajar juga, kakak tu dah 24 tahun masa untuk cari pasangan. Mama tak cakap suruh lupa belajar tapi bila ada someone kakak akan rasa lebih semangat. Mama tahu kakak dah boleh balance, and please please kurangkan perangai garang tu. Kakak perlukan someone bila mama ayah takdak nanti.
Aku tahu bila orang lain mak dia cakap macam tu, akan rasa wow i get big chance. Tapi aku, no way! aku rasa mama macam nak pergi tinggal aku. seriously, aku taknak! aku nak mama yang call aku hari-hari, aku nak mama yang tanya aku semua benda. aku nak dia ada bila aku balik. eventho aku dengan mama kekadang suka juga bercanggah pendapat but she's the one and only knows me better than anyone else. mama, i will find someone. yes i will but please give me time. Kakak nak pergi belajar, for sake of my future. yes! aku nak masa depan yang baik, masa depan yang aku boleh dapat apa aku nak, aku boleh bagi apa mama ayah perlukan, boleh beri senyuman pada mama ayah, boleh tolong adik-adik aku bila depa perlukan. itu ja aku mahu.
bila orang tanya pasal love life aku, serius aku clueless. sebab never turn into happy ending. selalu akan jadi very worst ending. walaupun aku selalu berharap one day aku jumpa seorang. jom berdoa! jom cari? haha!
aku akan cari. aku cuba :) cuma sebab mama je. aku taknak mama risau bila tau aku masih single bila umur aku 25 tahun nanti. so better change my life style, perhaps.
okayla, panjang sangat pulak dah. aku lega la sedikit sebab dah tulis apa aku nak tulis. Alhamdulilah. Dan kawan-kawan yang baca blog ni secara tak langsung, doakan aku ya. Terima Kasih ;)
-jujur dari nazura ahamad kamal.
0 comments:
Post a Comment