17 October 2014

295#

Masih belum habis sesi bercakap dengan diri sendiri. Semalam boleh pula seronok menulis kat sini, kawan telefon tanya aku ok ke tidak tanya pasal konvo tanya pasal apa perancangan masa depan aku borak dengan aku macam aku tak ok. Perempuan seorang tu memang, akan call tiba-tiba akan senyap juga secara tiba-tiba. Takpa, aku tetap sayang dia.

Sebenarnya hari ni rasa nasihat kat diri sendiri sebab aku tak faham hint orang duk bagi. Contohnya bila dia cakap 'takpa enjoy lah' yang sebenarnya dia cakap dalam nada 'tak-payah-jumpa-dia-lagi-bagus' ha itu aku tak faham. Kan aku dah cakap, aku dah lama tak bergaul dengan 'orang asing' jadi bila orang cakap tak terus terang, aku jadi ambik serius apa dia cakap saja dan aku ingat dia betul ok. Salah aku ke aku tak faham apa dia cakap? atau aku patut cakap aku tak faham apa dia maksudnya disebalik tu.

please, please cakap terus terang. Senang untuk aku elak senang utk aku tak buat kau kecewa dan lebih kepada cemburu. Jujur aku tak suka, tak suka cakap lain fikir lain rasa lain. Tak suka, just cakap kau tak boleh keluar dengan dia sebab dia bukan hak kau, dia hak aku. Kau tak boleh keluar dengan dia, sebab bila kau keluar dengan dia, dia akan lupa aku. Yes! Dari situ aku faham dan aku takkan punya keluar sebab aku sayang korang. Aku nak korang tahu, aku sayang hubungan korang & aku taknak pun hubungan korang hancur.

Ala macam mana aku nak cakap terus terang, kang kalau aku cakap mesti korang akan tak okay. Jadi baik aku diam. Serius aku tak suka bikin masalah, cari masalah or what so ever berkaitan masalah. Bosan! Lagi masalah relationship. Aku tak nak lagi involve dengan masalah orang, taknak jadi punca masalah orang. Bosan. Bosan. Tak suka & Benci!

Jadi, dengan aku. Cakap je, dan please cakap baik-baik. Nazura, jangan keluar lepak bersembang contact whatsapp dengan dia boleh? Saya tak suka. Saya rasa terancam (Hahaha!) saya rasa saya tak dilayan. Jadi aku faham, aku akan jawab ; Ok! Even saya ni mudah terasa hati sumpah saya faham & saya okay bila awak terus terang macamni. Disebabkan saya pun taknak awak dan dia teruk, baik saya back off. Lagipun nak dibanding saya dan awak, dia lebih memerlukan awak. Dan saya okay utk itu. Yes, Im really okay for losing my best friend just for you.

Apapun, please terus terang. Sebelum otak aku fikir yang bukan-bukan. Dan aku kalau boleh taknak fikir apa-apa yang negative sebab bila aku jumpa kau, aku taknak aku awkward.

Do you get what I mean? Ok, Thank you!
Share:

16 October 2014

294#

salah aku lagi ke?
tolong la aku takdak niat & langsung tak terpikir
nak ambik sesiapa dari sesiapa
never and ever.

sebab aku tau macam mana rasanya tu
macam mana rasa sakit bila orang kita sayang kena rampas
aku pernah rasa, so aku takkan buat kat orang

kalau kau tak selesa aku kawan dengan dia, bagitau
sure, aku boleh jauhkan diri untuk korang baik
untuk kau takdak perasaan curiga
or apa perasaan negative

aku taknak jadi negative vibes dalam hubungan korang
serius, aku tak maksudkan apa-apa

kalau kau betul tak selesa, jujur please
cakap dengan aku, kau sebenarnya taknak aku jumpa dia lama-lama
tapi kenapa kau cakap kau ok
kenapa kau cakap its okay

Haih~
Share:

15 October 2014

293#

bulan 10,2014
awal bulan tapi macam-macam dah jadi. act takda la macam-macam, tapi starting bulan 10 agak baik. dan bulan ni bulan yang ramai sangat sambut hari lahir. Paling bermakna adalah ulang tahun mama ayah, aku bersyukur aku ada mama ayah stay together until now even macam-macam pernah jadi 2 years back. aku syukur sangat. serius aku terima kasih sebab tuhan selalu jaga hubungan keluarga kami. no matter what happen, i know Allah knows the best for us. kan?

ok, aku nak sambung belajar balik dah. awal bulan 11. dan aku tak tahu apa patut aku rasa bila aku kena jejak tempat aku paling taknak duduk dalam jangka masa yang lama. kali ni 3 tahun juga, dan aku rasa takkan ada benda effect-kan diri aku. i hope so.. aku tahu aku over thinking sekarang, aku tahu aku boleh handle tapi at the same time aku takut. jujur takut sangat. i dont know why. aku harap perkara yang terjadi tahun 2010 takkan berulang sebab aku memang taknak benda tu jadi. i dont want to lose the trust again, i dont want to be depressed anymore, i dont want to be paranoid.

just hope everything will be alright *put smiley*

kedua buat aku menulis hari ni sebab, aku rasa nak cakap dengan diri sendiri. bercakap depan cermin tu memang dah habit, tapi aku perlu brain wash diri aku. perlu muhasabah diri aku. kena siapkan diri aku untuk segala benda. setahun aku rehat tanpa buat benda yang boleh buat aku stress, of course la aku suka gila. tapi benda akan berubah kurang dari sebulan, aku akan kembali kepada hidup lama which is busy dengan study, hidup dengan kawan-kawan, most of the time habis masa makan tidur sembang borak dengan kawan. dan aku masih tak pasti aku masih pandai ke bercakap dengan orang asing, aku masih boleh ke mixed around dengan orang asing. yes! for 12 months aku jarang sangat-sangat cakap dengan sesiapa yang baru. dalam masa 12 bulan, aku hanya bercakap berkomunikasi dengan orang melalui whatsapp, twitter dan itu sahaja aku rasa. jarang gila communicate dengan orang luar. yes! aku memang macam duduk dalam gua and im happy, so what?

ok, sepatutnya aku cakap dengan diri aku. beri nasihat. ini kenapa dah berubah macam meluahkan apa rasa hati.

nazura, aku tahu kau tak sekuat mana. aku tahu kau tak selembik kau fikir. kau kena bersyukur, yes bersyukur sebab kau masih di sini. Allah masih bagi jalan kat kau, Allah masih beri dugaan dalam hidup kau which kau tak dapat upu for twice times. kau menganggur, ayah mama kau rajin masuk hospital dan kau tau Allah bagi semua tu supaya kau sedar supaya kau tau dia nak kau ingat dia, supaya kau takkan lupa dia, supaya kau jaga agama dia yang dia beri sejak kau lahir. kau kena tahu Allah tak pernah lupa kau, kau je asyik lalai. Kau kena sedar, setiap kali kau susah pasti kau akan jumpa jalan. Dan jalan tu dia yang bagi, kau sedar tak? Dia ada, dia sentiasa ada. Faham nazura?

aku harap aku takkan lupa niat aku bila aku dah sambung degree, aku tak lupa apa tanggungjawab aku, aku tak lupa aku buat sebab mama ayah nak aku ada masa depan yang baik. aku harap aku dapat corak kehidupan aku dengan lebih baik dari sebelum ni. aku harap aku kuat, walau apapun. InshaAllah.


Mama pesan ; belajar belajar juga, kakak tu dah 24 tahun masa untuk cari pasangan. Mama tak cakap suruh lupa belajar tapi bila ada someone kakak akan rasa lebih semangat. Mama tahu kakak dah boleh balance, and please please kurangkan perangai garang tu. Kakak perlukan someone bila mama ayah takdak nanti.

Aku tahu bila orang lain mak dia cakap macam tu, akan rasa wow i get big chance. Tapi aku, no way! aku rasa mama macam nak pergi tinggal aku. seriously, aku taknak! aku nak mama yang call aku hari-hari, aku nak mama yang tanya aku semua benda. aku nak dia ada bila aku balik. eventho aku dengan mama kekadang suka juga bercanggah pendapat but she's the one and only knows me better than anyone else. mama, i will find someone. yes i will but please give me time. Kakak nak pergi belajar, for sake of my future. yes! aku nak masa depan yang baik, masa depan yang aku boleh dapat apa aku nak, aku boleh bagi apa mama ayah perlukan, boleh beri senyuman pada mama ayah, boleh tolong adik-adik aku bila depa perlukan. itu ja aku mahu.

bila orang tanya pasal love life aku, serius aku clueless. sebab never turn into happy ending. selalu akan jadi very worst ending. walaupun aku selalu berharap one day aku jumpa seorang. jom berdoa! jom cari? haha!

aku akan cari. aku cuba :) cuma sebab mama je. aku taknak mama risau bila tau aku masih single bila umur aku 25 tahun nanti. so better change my life style, perhaps.

okayla, panjang sangat pulak dah. aku lega la sedikit sebab dah tulis apa aku nak tulis. Alhamdulilah. Dan kawan-kawan yang baca blog ni secara tak langsung, doakan aku ya. Terima Kasih ;)

-jujur dari nazura ahamad kamal.

Share:

08 October 2014

291#

ya, aku gembira sekarang
ya, aku okay sekarang
ya, aku boleh senyum lebar sekarang

untuk diri aku
untuk orang yang aku sayang
untuk orang yang sayang aku
untuk orang yang sentiasa ada untuk aku

tiada sebab kenapa aku nak sedih
tiada sebab kenapa aku nak over thinking
tiada sebab kenapa aku nak merungut

memang, aku masih berjaga
takut terjadi perkara lama
mana ada hati yang sentiasa ok

aku harap, sampai bila-bila
aku tahu jaga hati aku
supaya tak disakiti lagi
supaya tak luka lagi

aku cukup letih.
Share: