29 October 2013

183#

Apa guna kau beri harapan pada orang yang tak pernah terima baik buruk kau?
Apa guna kau berkorban untuk orang yang hanya akan nampak keburukan kau?
Apa motifnya kau beri sepenuh kepercayaan pada orang yang tak pernah sokong apa mahu kau?

fikir balik.

Kau sayang dia gila
tapi dia?
Kau jaga dia 
tapi dia?

Hati kau?

Sakit tapi kau diamkan, sebab apa? Sayang.
Haih, jadi perempuan memang adakala bangang juga.

Aku dulu macam tu.
Aku tahu.
Aku pernah jadi bodoh.

Aku pernah tunggu dia sepenuh jiwa.
Berharap dia datang.
Berharap dia bagi apa aku bagi.
Tapi satu masa aku give up

sebab aku manusia. 
ada hati.
ada jiwa.

tapi malas guna otak.
dan saat aku give up tu baru aku fikir guna otak.
bodoh kan?

jadi, jangan jadi aku.
jangan bagi hati merah kau pada yang tak tahu erti hargai. tak tahu apa itu kasih. sayang. cinta. pergorbanan.

aku sekarang bukan kuat mana. 
tapi aku cuba tidak menjadi sebodoh dulu.

tuhan sayang aku, aku tahu.
dan aku juga tahu tuhan sayang semua hambanya maksudnya kalian :)
Share:

0 comments: