30 October 2013

185#

Cerita kita tidak pernah sama.
Tapi matlamat kita sama.

Mahu bahgia.
Mahu senang.
Mahu gembira.
Mahu murah rezeki.

Tapi kenapa kita mahu usik apa ada nya org lain?
Kau mahu? Kau usaha.
Kau doa. Kau sabar.

Sampai masa, akan tiba jua.

Share:

29 October 2013

183#

Apa guna kau beri harapan pada orang yang tak pernah terima baik buruk kau?
Apa guna kau berkorban untuk orang yang hanya akan nampak keburukan kau?
Apa motifnya kau beri sepenuh kepercayaan pada orang yang tak pernah sokong apa mahu kau?

fikir balik.

Kau sayang dia gila
tapi dia?
Kau jaga dia 
tapi dia?

Hati kau?

Sakit tapi kau diamkan, sebab apa? Sayang.
Haih, jadi perempuan memang adakala bangang juga.

Aku dulu macam tu.
Aku tahu.
Aku pernah jadi bodoh.

Aku pernah tunggu dia sepenuh jiwa.
Berharap dia datang.
Berharap dia bagi apa aku bagi.
Tapi satu masa aku give up

sebab aku manusia. 
ada hati.
ada jiwa.

tapi malas guna otak.
dan saat aku give up tu baru aku fikir guna otak.
bodoh kan?

jadi, jangan jadi aku.
jangan bagi hati merah kau pada yang tak tahu erti hargai. tak tahu apa itu kasih. sayang. cinta. pergorbanan.

aku sekarang bukan kuat mana. 
tapi aku cuba tidak menjadi sebodoh dulu.

tuhan sayang aku, aku tahu.
dan aku juga tahu tuhan sayang semua hambanya maksudnya kalian :)
Share:

182#

Taknak terasa, jangan stalk.
Taknak makan hati, jangan stalk.
Taknak salah paham, jangan stalk.
Taknak perasan sorang-sorang, jangan stalk.

Konklusi nya berhenti stalk lah.
#peringatan buat diri sendiri & yang suka stalk ex bf/gf kawan baik kawan kawan biasa dan seangkatan dgnnya.



Share:

25 October 2013

23 October 2013

179#

Tiba-tiba teringat.
Cuma setakat teringat.
Tak pernah impikan dapat kau kembali.
Mustahil.

Kalau tak mustahil pun, aku rasa cukup lah dulu.

Sekarang aku mahu pandang ke depan.
Kau cuma kenangan.
Kisah silam aku.

Titik!

Share:

21 October 2013

178#

Kalau kau nak give up, silakan.
Aku tak mintak kau tunggu.
Aku tahu seksa.
Aku faham sakitnya menunggu.

Jadi tolong, jangan tunggu.
Aku taknak kau sakit macam mana aku pernah rasa.

Aku tahu peritnya.
Jadi supaya kau tak rasa, aku rasa lagi baik kau give up sekarang.

Aku tidak memberi harapan.
Aku tak mahu memberi.

Ya, aku sayang kau.
Tapi aku lebih sayang diri aku.

dan aku belum lagi bersedia memberi peluang itu.
maaf.
Share:

177#

Buat pertama kalinya,
aku tidak rela serahkan hati ni.

Buat pertama kalinya,
aku rasa aku mahu berhenti.

Biar apa orang mahu berkata,
aku tetap dengan pendirian ini.

maaf.
Share:

176#

surat tiada nama.

4 bulan sudah tamat dengan rasa gembira kerana berjaya, tapi sebak kerana terpaksa tinggal bunga dan kumbang. aku takkan melupakan mereka walaupun sedikit. kenangan bersama mereka, berada dikalangan tenaga pengajar sangat memberi aku satu pengalaman yang tak boleh dikira harga nya. jujur, aku tahu aku akan rindu suasana itu. 

terima kasih Allah memberi pengalaman sebegini rupa.
betapa susah aku mahu sampai ke sini. akhirnya aku berjaya menghabiskan.
sudah aku kata pada diri aku, walaupun ada setengah perkara kita tak suka kalau kita gagahkan diri, buat sepenuhnya di akhirnya kita akan puas dan kita akan tersenyum jugak.

terima kasih mama ayah, kerana memberi kepercayaan kepada kakak untuk sambung dalam jurusan ni. walaupun pada mulanya kakak menolak. kakak tak mahu tapi hasil berkat dan doa mama ayah siang malam. now, im complete my diploma in tesl. alhamdulilah. dari setiap semester kakak usaha untuk dapat kembalikan senyuman mama ayah. setiap semester kakak gagahkan diri walaupun kadang rasa susah tapi demi mama ayah, akhirnya kakak bakal mendapat segulung diploma utk mama ayah. terima kasih kerana tak pernah berhenti dengar cerita, memberi pertolongan, memberi semangat dan segala-galanya utk kakak. tiada apa lagi kakak boleh bagi selain belajar dengan baik utk mama ayah bangga macam sekarang.

terima kasih, kawan-kawan. terutama sekali nurulmuna. dia paling ada bila susah dan senang. dia paling sentiasa senyum mendengar memberi kata-kata semangat. terima kasih berjuta-juta kali untuk tiga tahun yang rasanya sekejap sahaja. Allah memberi sahabat yang sangat-sangat baik sampai satu ketika aku rasa aku tak layak punya mereka semua ni. Mereka sentiasa bantu dari apa segi, tidak pernah menarik muka, tidak pernah kata tidak jika aku mohon pertolongan. Ampun jika ada selama ni, saya termarah tersuruh kerja termintak cepat-cepatkan kerja. We did it geng! Selain tu, sahabat yang tak jemu-jemu tadah telinga dengar cerita nurul ain. walaupun kau course lain, kau masih bersama aku. Even kau mcm chipsmore tapi rapat kita hanya kita yang tahu. sayang aku pada kau, tak pernah hilang. Datang la beribu cerita buruk pun pasal kau, aku masih akan cakap aku sayang kau. kau sentiasa jaga aku, kau tolong hantar aku pergi klinik, kau sentiasa bebel kat aku bila aku down, bila aku sakit. Kau sanggup masakkan untuk aku walaupun kau banyak kerja. terima kasih. selama tiga tahun persahabatan aku dengan budak section 1 & 2, budak rumah dari hostel sampai rumah sewa aku rasa terlalu sayang dengan korang, aku anggap korang dah macam adik beradik dah. susah senang semua kita bersama. terima kasih semua. 

dan paling-paling mahu aku berterima kasih, lecturer. tanpa mereka aku tak sampai sini. tanpa mereka takkan ada aku macam sekarang. terima kasih sentiasa bantu, terima kasih tak pernah berhenti memberi pertolongan sekiranya kami semua teruk. Sesungguhnya jasa mereka sangat dihargai :) terima kasih banyak-banyak.

kali ni terlalu banyak aku menulis. entah kenapa rasa macam laju je jari ni nak menaip. disini sahaja aku mampu abadikan kata-kata terima kasih aku pada mereka yang banyak bantu aku dari awal sampai ke sekarang. tiada apa boleh beri, cuma aku akan mengiringi korang semua dengan do'a. InshaAllah.

*tears*

Love from 'me

Share:

15 October 2013

175#

Selamat hari raya korban - message send.
No reply untill now

So what do you expect?
Dia akan balas mesej kau?
Dia akan tanya kau apa pergorbanan kau?

Hey! Move on la! * jerit*

^ckp dpn cermin

Pertama, kau kena korbankan hati kau. Sebab dari kau tunggu dia baik kau buat benda lagi faedah dari tu.
Bolehkan?

Share:

174#

Saya.
Sayang.
Awak.

Tapi kenapa rasa sayang tu, tak mendalam.
Dia mcm mai kejap-kejap je.

Pelik kan?
Saya pun rasa marah dgn diri saya.
Apa saya nak sebenarnya?

Maafkan saya.

Share:

12 October 2013

10 October 2013

172#

Apa kau nampak, mungkin bukan itu hakikatnya.
Apa kau dengar, mungkin bukan itu betulnya.
Apa kau rasa, mungkin cuma itu hasutan sahaja.
Apa kau alami, mungkin tak seteruk orang lain.

Jadi, jangan selalu bersangka buruk.
Jangan negative sangat.

Bila kau nampak, kau nak kesahihannya pergi tanya terus.
Bila kau dengar, pergi tanya tuan badan.
Bila kau rasa, minta do'a pada-Nya jauhkan perasaan buruk-buruk.
Bila kau alami, tengok buka minda, mata & hati pandang sekeliling.

Sekurang-kurangnya, kau mampu luah lagi kat laman sosial *wink

-sebenarnya ini untuk diri sendiri.
Share:

08 October 2013

171#

Tumpang tanya, boleh?
Apa sebenarnya tujuan kau?
Apa mau engkau sebenarnya?

Boleh cakap sikit, nak dengar. Dengar, taknak. Takpa :)
Apa kau beri, itulah kau dapat. Jadi motif kau bising sana sini?
Benda dah jadi, actually kau sepatutnya dah tau benda tu akan jadi.
Jadi kenapa buat juga?
Sekarang mahu bising atas alasan apa?
Orang lain salah atas kesalahan kau bikin? Masalah yang kau sendiri cari?

Hey! Get up la! Bangun! Bangkit!
Jangan asyik tunding jari, no point!

Kau sendiri patut berubah, kau sendiri patut sedar.
Adakah dengan menuding jari, kau akan dapat apa kau nak?
Adakah dengan bising sana sini, boleh ubah semuanya?

No right baby?
So?
What you waiting for?

Tell me. I want to know so badly!
Thank you if you're listening to me :)

Dear,
Me.
Share:

07 October 2013

170#

Bunga & Kumbang.
Sayang sangat dengan kamu semua.
Walaupun tidak lama, tapi sungguh berbekas di hati.
Agak bila pergi nanti, adakah aku dikenangkan sebagai guru pernah mengajar mereka?

Aku halalkan semuanya.
Aku sayang mereka seperti anak yang dianugerah tuhan.

Tiada mereka, aku takkan mampu sesabar sekarang.
Tiada mereka, takkan aku sampai ke sini.

Terima kasih Tuhan beri peluang yang berharga begini :)
Share:

169#

tak kenal betul pun.
tapi bila tengok dia, bila baca caption dia
senyum kalah tengok orang yg kita kenal
senyum seronok tengok orang lain bahgia

semoga dia bahgia selamanya, bersama arjuna & 'ami aye' dia.
Share:

06 October 2013

168#

Semua jadi serentak.
Letih tapi kena sabar. kena redha.

*Tepuk bahu*

Semua ni ujian dari Allah, Allah sayangkan kau.

^cakap depan cermin
Share:

05 October 2013

166#

Tiada harga yang boleh dibandingkan dengan
Do'a dia
Semangat dia
Kasih sayang dia
Cinta dia
Pergorbanan dia
Nasihat dia

Itu cuma hadiah, bagi menghargai dia
Sebagai perempuan pertama aku sayang

-mama
Share:

02 October 2013