22 September 2013

157#

'Kenapa kau masih berharap dia masih macam dulu?' Tanya kawan,

Jujur sampai sekarang aku tiada jawapan yang paling tepat untuk jawab soalan itu. Mungkin aku terlalu percaya akan janji-janji pelangi dia. Maksud aku, janji yang ditakburkan pada aku bagaikan satu penantian yang akan mewarnai hidup aku.

Apa yang dikatakan, cuma dalam hati. Hanya mampu tertulis di sini.

'Tanamkan dalam diri kau, yang dia takkan kembali lagi' *Sambil tepuk bahu aku*
^senyum

Ramai, terlalu ramai tahu aku kasihkan dia.
Tapi tak ramai yang tahu perlahan-lahan aku cuba buang dia
Sakitnya aku tak tonjol
'Biar lah'
'Aku okay'
'Ye, Nanti' - Itu jawapan aku kerap berikan.

Sampai naik muak mereka mahu nasihat, mahu dengar, mahu tepuk bahu @ beri pelukan paling erat.

-akhirnya aku nangis seorang diri.
Share:

0 comments: