30 September 2013

163#

Aku berjauh hati dengan engkau,
masih terfikir kenapa aku perlu berjumpa orang seperti engkau
kenal orang seperti engkau

jika aku diberi peluang undur masa
aku lebih memilih tidak kesana
aku pilih untuk sombong

tapi sekarang semua sudah terlambat
mahu mengeluh pun tiada guna lagi

jadi sekarang aku mohon otak & hati aku
lupakan kau

mohon, tuhan permudahkan segalanya
ameen :)
Share:

162#

Lainnya kita, kita nampak tapi kita diamkan. Buat macam biasa, pertama kali aku jumpa orang seperti kau. Begitu sabar dengan aku, tahu aku perlu masa. Terima kasih. Pemilik hati merah, saya rindu awak. Walau saya cakap, kita berhenti rehat kejap. Tapi saya nak awak tahu, rindu nya saya dengan awak. Rindu nak sembang gelak tawa dengan awak. Tapi hati saya lemah sangat sekarang, saya rasa hati saya kosong.

maafkan saya.
Share:

29 September 2013

28 September 2013

24 September 2013

22 September 2013

158#

Ajar diri, senyum. 
Terima  hakikat.
Terima qada & qadar.
Terima takdir dengan hati terbuka.
Redha.
Sabar.

Setiap kali apa yang jadi itu menyakitkan.
Tau.

*senyum*
Share:

157#

'Kenapa kau masih berharap dia masih macam dulu?' Tanya kawan,

Jujur sampai sekarang aku tiada jawapan yang paling tepat untuk jawab soalan itu. Mungkin aku terlalu percaya akan janji-janji pelangi dia. Maksud aku, janji yang ditakburkan pada aku bagaikan satu penantian yang akan mewarnai hidup aku.

Apa yang dikatakan, cuma dalam hati. Hanya mampu tertulis di sini.

'Tanamkan dalam diri kau, yang dia takkan kembali lagi' *Sambil tepuk bahu aku*
^senyum

Ramai, terlalu ramai tahu aku kasihkan dia.
Tapi tak ramai yang tahu perlahan-lahan aku cuba buang dia
Sakitnya aku tak tonjol
'Biar lah'
'Aku okay'
'Ye, Nanti' - Itu jawapan aku kerap berikan.

Sampai naik muak mereka mahu nasihat, mahu dengar, mahu tepuk bahu @ beri pelukan paling erat.

-akhirnya aku nangis seorang diri.
Share:

21 September 2013

155#

Ceritanya sekarang lagi 4 minggu. Aku cuma harap aku mampu bertahan, sabar & senyum.
Lagi cepat masa bergerak sebenarnya lebih bagus tapi lagi cepat, lagi aku buntu apa mahu aku bikin nanti?
Menanam anggur sahaja?
Menjadi bibik sepenuh masa?
Atau mencari kerja sesuai dengan pendidikan 3 tahun aku tu.

blur~

Mohon, Tuhan beri pencerahan pada hati aku ;)
Share:

16 September 2013

154#

Letih mengeluh sebenarnya. Aku mahu rehat, rehat dari fikir tentang engkau sahaja sebenarnya. Sedaya upaya aku cuba buang tapi secara jujur susah.

*mengeluh lagi
Share:

12 September 2013

11 September 2013

151#

Kalau kita boleh bagi standing ovation pada good plot dlm filem2 hebat,  kenapa perlu kita meratap pada qada’ dan qadar yg tuhan sediakan tersurat? 


 - by fynn jamal, Satujuneduaribusebelas 
Share:

10 September 2013

150#

Bila orang pelik dengan hubungan kita
aku sendiri jadi pelik nak jawab
Sebab dari dulu, aku dah janji
engkau sahabat aku dunia akhirat

pada kau aku paling percaya
pada kau aku tahu paling faham
pada kau aku tahu akan ada untuk aku

even sebenarnya
kadang susah tapi aku nampak percubaan kau.

terima kasih shbat.
Share:

149#

'Saya dah cakap'
diam
'Kenapa diam?'
diam
'Bukan dulu awak paling pandai menjawab ka?'
diam, senyum
'Awak ingat dgn senyum tu, dapat pulihkan sakit awak?'

dalam hati*
sejak bila kau pandai bebel dekat aku.
sejak bila kau pandai bidas aku
sejak bila kau pandai cakap begini?

jujur,
aku tetap sayang kau!
Share:

148#

Tak jauh pun aku berdiri
tapi masih
kau tak pernah nampak

walau aku memanggil sampai tercabut anak tekak pun
kau masih berkeras utk kalih tengok senyum

hati macam mana kau ni sebenarnya?
Share:

01 September 2013

147#

'Saya  nak satu ja dari awak, sabar'
'Saya tahu awak faham tapi tolong lebih faham.'
'Saya penat cari duit sekarang, kerja siang malam sebab nak menghalalkan hubungan kita'
'Maaf sebab banyak takda masa awak perlukan, tapi saya akan cuba utk ada'
'Awak tahukan saya sentiasa sayang awak'
'Susahnya saya nak dapat awak dulu, takkan saya nak lepaskan awak'

-kekasih,

awak tahu betapa rasa bersalahnya saya dengan awk bila awak cakap semua ni.
awak tahu airmata saya tak berhenti meleleh lepas dengar awak cakap macamni.
sekarang saya terasa macam awak sayang sangat dgn saya.

maaf sebab kadang macam tak faham kerja awak.
maaf sebab selalu argue dengan awak.
terima kasih kerana cuba fahamkan saya
terima kasih sebab tak pernah cepat melatah bila saya bebai

#sayasayangawak.
Share: