31 May 2014

275#

Pilihan kau sentiasa ada,
sama ada kau pilih untuk disakiti
ataupun kau pilih untuk jaga hati kau dulu.

Bila kau ambil risiko untuk disakiti,
terima jela
kau letih disakiti, pergi
lepaskan ja

cari yang lebih hargai kau
lebih sedar kewujudan kau
yang terima kau baik buruk
yang tak kisah kau sebenarnya tak pandai pun
yang tetap senyum lepas kau dah lepas segala rasa dijiwa (maki)
yang tahu kau bagaimana

cari, ada. Aku percaya
kau pun kena percaya
bukan susah, tapi kau kena banyak sabar

--diri sendiri
Share:

22 May 2014

274#

Rindu
tak lama tak rasa rindu macam ni
rindu yang tak boleh cakap
rindu yang aku simpan sendiri
rindu yang bila orang tanya aku boleh senyum ja

Terlalu banyak aku rindu
orang dia
kenangan dengan dia
tempat pergi bersama dia

Dan aku tahu aku hanya mampu bermimpi sahaja.
Share:

273#

Kita cuba menjadi seorang kepada seorang
mencuba menjadi yang terbaik buat seseorang
mencuba meraih kepercayaan seseorang

selalu mencuba sampai kita lupa kita tak sempurna mana
kita tak sehebat mana
kita lupa kita manusia biasa
kita lupa kita pun patut sayang diri kita

sebelum kita sayang orang lain
sebelum kita biarkan mereka makan diri kita
sebelum kita biar mereka gunakan kita

#relationship
Share:

18 May 2014

272#

Kau mahu aku jadi cermin kau?
Kau senyum aku turut senyum.
Kau menangis aku turut menangis
Kau bermasalah, aku datang bantu.
Aku bersusah, kau yang muncul.

Kau mahu aku jadi cermin kau?
di mana kau ada, aku ada
kau mahu peluk, aku ada sedia memeluk
kau mahu bahu buat nangis, aku sediakan jua

Bila aku mahu, kau ada
Bila ketawa, sama ketawa.

Kau mahu jadi cermin aku?
Aku sedia,
kau pula?
Share:

271#

I know I am not good to you.
I know I am not perfect for you.
I know I am not enough to you.

All I know.

I am sorry because still smile.
I am sorry because still wait.

I love you, without reason.
I miss you, always.

sincerely, me :)
Share: