Hari ini,
aku tulis betul-betul tuju pada kau.
kau yang aku pernah sakitkan,
kau yang pernah aku cuba larikan,
kau yang pernah aku letakkan tempat paling tinggi dalam hati
aku
yang hakikatnya kau masih disitu,
selepas,
kejadian itu,
ya;
aku mahu benci kau, sakitkan kau, buang kau, lupakan kau
&
letakkan perkataan menyesal itu sebagai titik untuk aku
terus berjuang
tapi aku lupa,
rasa yang Allah pinjamkan ini,
sampai bila-bila takkan bertukar kepada sesuatu yang menyakitkan
aku sendiri.
tiap kali,
kau cuba
aku cuba; berbaik
aku elak, aku letak benteng supaya aku tak jatuh lagi
supaya kau tak rasa aku lembik
supaya aku mampu berdiri tunjuk yang aku kuat tanpa kau
ya, aku berjaya.
berjaya hilangkan rasa sakit itu
berjaya senyum bila nampak apa saja berkaitan kau
ya, aku berjaya hadap.
selepas 5 tahun,
Allah pulangkan rasa itu,
Allah buka hati aku untuk 'buang yang keruh, ambil yang
jernih'
Allah beri aku ruang itu
Allah beri peluang kedua untuk kita berkawan balik
jarang,
tapi aku percaya peluang kedua itu selalunya
akan cipta kenangan terindah
kerna, aku pernah diberi peluang kedua
kerna peluang kedua itu
aku disini
jadi, aku harap dengan peluang kedua ini
kita berkawan sampai syurga
kita berkawan sampai tua, ya?
kita berkawan biar baik-baik saja.
sayang aku pada kau, takkan pernah berubah
sayang aku pada kau, kerna Allah Taa'la
aku mahu kau bahagia, budd.
aku mahu kau senyum, budd.
aku mahu kau jadi diri kau sendiri.
aku mahu kau beri diri kau peluang kedua
aku mahu kau beri diri kau ruang
berbahagia la, budd.
berbahagia la.
*ini bukan ucapan perkahwinan kau
*ini ucapan tanda aku mahu kau tahu, aku selalu ada.
maafkan aku, budd sebab hilang 5 tahun itu.
maafkan aku, budd sebab cuba buang kau
maafkan aku, budd sebab cuba benci kau
maafkan aku budd, sebab aku tak pernah cukup baik untuk kau.
terima kasih percaya aku lagi.
terima kasih beri peluang kedua pada aku.
*jangan pernah lupa senyum.
sayang,
nzrkml