17 March 2018

355#

Tekad,
itu satu perkara yang aku nampak.

Bersungguh kau katakan ini kali terakhir
kau hubung dengan aku.

Janji kau?
Palsu.

Kau beri aku gembira,
hanya sehari.

Itu kerna kau tengah bergembira dengan dia.

Baru aku faham,
selama ini aku hanya singgahan.

Tekad,
kau lepaskan aku.
Buat kali ke 2.

Kali ini,
jadikan yang terakhir.

Please jangan datang lagi.
Cukup,

Kau pernah kata,
kau takkan lagi pergi 
kau takkan lagi kata kau mahu lepaskan aku

tapi kali ini,
kau lepas sebab hati kau sudah tiada aku.

dah lama aku rasa,
aku diam.

aku layan apa mahu kau,
tapi bila kau pergi sana.
aku tahu itu tanda paling ketara kau berubah.

lagi.

dan kau akan pergi lagi.
Share:

13 March 2018

354#

Tak sepatutnya kan? Aku terasa hati dengan kau.
Tak sepatutnya kan? Aku up twit tu.
Tak sepatutnya kau tahu isi hati aku yang sebenarnya.

Tak sepatutnya aku cakap apa-apa.
Tak sepatutnya aku begitu.

Ermm,
macam kau cakap semua benda dah jadi.

Dan bila kau cakap macam tu,
nampak sangat hanya aku yang salah.
ya. 

Baik aku terus diam saja.
bukan kau perlukan aku pun.

Aku bukan siapa-siapa pun. 
Share:

353#

Wahai mantan pemilik hati,
kenapa?
kenapa?

Jujur, aku terasa hati dari hari pertama lagi.
Jujur, aku terkesan dari hari pertama lagi.

Tapi aku cari, cari perkara yang boleh buat aku lupakan 
cari sebab kenapa aku perlu terasa hati. 
cari sebab aku patut bersangka baik.

Perkara kecil yang aku buat, kau langsung terus merajuk terus nyatakan kau terasa hati.
Tapi kau buat terlalu banyak perkara, sampai aku rasa pedih sakitnya hati ini. Aku terpaksa diamkan,
kerna aku takkan mampu lagi salahkan kau, aku takkan mampu lagi kehilangan kau.

Walaupun sebenarnya aku dah hilang kau,
dari hari pertama.

Jujur,
aku mohon kemaafan dari kau, sebab aku dikatakan "ignore" kau yang sebenarnya aku sendiri tak sedar, bila kau cakap dengan aku.
Sesedar aku, kau hanya bercakap dengan aku tentang benda-benda penting untuk kau. 

Tapi bila aku cuba borak, kau jauhkan diri.
Pedih. 
Bila aku cuba dekat dengan kau, kau lari.
Aku nampak.
Aku rasa.

tapi aku tak boleh cakap.
tapi aku hanya boleh bersangka baik. 

sebab kau, menjadi diri kau. 
tidak mahu aku dekat dengan kau, sebab aku hanya insan biasa pada kau.
aku nampak.

aku biar.
aku diam.
aku cuba letak border yang kau sendiri letak. 
tapi balik-balik, aku yang salah.

bila aku cakap, aku akan salah balik.
kalau aku ignore kau, bukan ke kau boleh datang tegur aku tanya kenapa. tapi kenapa kau jauhkan diri seperti kau dengan aku baru kenal. 

kau dah kenal aku lebih dari 10 tahun.
Aku rasa kau tahu aku macam mana,
tapi aku silap.

Apa aku boleh cakap, terima kasih sahabat. 
Aku tak pernah terfikir perkara begini akan jadi lagi selepas kita dah bebaik,
tapi kau dengan mudah hancurkan semua ini kerna kau terasa hati aku "ignore" kau.

Aku letak tepi terasa hati aku, sebab aku sayang kau.
sayang sangat. 

Aku rindu nak borak dengan kau.
tapi malangnya aku tak dilayan. 

langsung. 

terima kasih.
Share: