29 August 2017

#347

Menaip blog, mencipta sebuah rasa itu senang
kerna dia datang tepat betul dari hati
tapi mahu tulis report yang sudah sebulan aku peram
liat bagai getah

malas.

idea untuk report, bukan datang selalu
meski hari-hari tulis dalam buku.
tapi masih belum mampu untuk menaip secara official

malas.

tengoklah nanti. haha
Share:

#346

Setelah berkali-kali kau melepaskan lelah yang sama,
kau betul-betul mahu berhenti
berhenti dari teruskan apa kau buat selalu
berhenti dari teruskan menjadikan diri sebagai mangsa

Bukan senang untuk aku bertahan pada lelah yang sama
pelbagai helah aku cuba, untuk stay
tapi akhirnya

aku putuskan untuk pergi
jadi bukan diri aku
jad diri yang baru
buang segala rasa yang ada

demi diri aku sendiri.

Share: