07 June 2017

#345

Kesemua kisah cintaku, hancur.
bagai pinggan retak seribu, tidak dapat disatukan lagi

Kesemua kisah cintaku, pergi
bagai angin lalu.

Kesemua kisah cintaku, tinggal noktah
bagai tiada kata lain lagi dalam sebuah karangan

Sudah tamat.
Sudah terkubur.

tapi jiwa aku masih disini
rasanya masih disini
kali ini aku tidak mahu terus kuburkan rasa hati ini

biar dia terus ada,
untuk diri aku
&
mungkin sesiapa sudi terima kasih ku.

Share:

#344

Tak semua mahunya kita, baik untuk kita.
Adakala, perkara yang tidak baik kita, adalah sebenarnya perkara terbaik Allah tetap untuk kita.

Tak semua kemahuan kita, selamanya menjadi kebaikan buat kita.
Adakala keburukan juga, boleh menjadi sesuatu yang paling manfaat buat kita.

Cuma, caranya bagaimana kita ambil sesuatu perkara itu menjadikan ia baik.

Satu persatu yang jadi,
tiap detik waktu apa kita rasa && alami itu ada asbabnya.

percaya pada Dia.

InshaAllah.
Share:

#343

Jujur, aku terasa hati sangat dengan kamu
wahai sahabt.
tapi apa mampu aku katakan,
hanya diam.

Jujur, terlalu sakit tapi apa mampu aku cakap
tidak sama sekali
biar aku simpan rasa ini cukup-cukup
biar aku letak diri aku sejauh mungkin

Jujur kau takkan tahu apa sebenarnya

Biar pun masa sekarang, aku tahu jika aku cerita pada sesiapa
mereka akan katanya, sakit aku tidak berperi sakit mu.

Aku senyum
kerna selama ini aku cukup memahami
sampai tika ini masih memahami
dan cuba hadam segala nya apa isi hati aku sendiri

Aku tahu tidak sepatutnya aku berasa,
kerna aku bukan di tempat kau

Aku tak sekuat mana,
sahabt.

Sudah berapa bulan, hanya aku yang mesej kau dahulu.
tapi kau?
tak apalah, mungkin masanya aku lepaskan kau.

Terima kasih sahabt.
Aku akan selalu doakan mu.
Aku akan selalu rindukan mu.
Aku akan selalu sayang mu.

Kerna aku sudah janji sama Allah, aku akan jaga mu sampai habis nyawa ku.
InshaAllah.

Biar la aku mulakan apapun,
tanya khabar mu
ucap hari-hari penting.
dan
aku akan buang segala rasa tidak baik ini jauh-jauh.

kerna aku sayang kamu, kerna Allah.
Share:

#342

Aku letak satu-satunya perasaan yang aku rasa sesuai untuk kau
paling atas
tapi kau pijak seperti tiada nilai

Aku percaya kau akan sentiasa ada untuk aku seperti aku
tapi kau paling tinggal aku dikala aku paling ingin kau ada disamping aku

Aku selalu mahu ada dekat dengan kau
tapi kau?
jauhkan diri

mungkin aku tidak seperti apa harap mu
mungkin aku cuma tempat singgahan kau

sampai masa, aku buang segala harapan itu.

Share: