20 May 2017

#341

Dari dulu aku jenis biar lah orang tak cari aku pun,
tapi aku tetap cari juga
aku luah rasa rindu
rasa kisah aku pada orang

tapi sampai satu ketika
aku rasa cukup
cukup sudah semua ini

aku letih
sebab orang tak pernah ingat aku
orang tak pernah ada bila aku perlukan

ya, masing-masing ada hidup sendiri
tapi mengapa aku boleh korbankan hidup aku
untuk mendengar cerita orang
untuk menjadi orang paling ada untuk mereka
tapi tidak mereka

aku letih
tapi aku bahagia dengar cerita mereka
tapi mengapa mereka seumpama letih dengar cerita aku
elak dengar cerita aku

jauh sekali mahu mesej aku dulu,
tanya khabar
tanya cerita
sudi mendengar setiap omelan aku

------------takpala, aku okay saja.

Share:

#340

Tak bermakna bila aku diam
aku tak kisah

Tidak bermakna aku senyum 
aku biarkan saja

Tak bermakna aku jauhkan diri
aku tidak mahu 

Tidak bermakna aku sendiri
aku tak memerlukan


Share:

19 May 2017

#339

Tiada apa aku minta
sebab kadang aku rasa aku berminta lebih
Jauh sekali mahu meratapi mengapa hidup aku begini?
mengapa aku masih sendiri?
mengapa aku begini?

Tapi siapa aku mahu meminta
sedangkan Dia sudah beri apa keperluanku
Siapa aku untuk pertikaikan setiap satu apa yang jadi

Redha,
sudah lama aku lakukan
tapi mulut mereka,
aku bertambah sakit
aku bertambah diam

Mahu saja, aku kata cukup
cuba kau ada di tempat aku,
kau akan tahu?

tapi sungguh, aku tak terdaya pun nak cakap apapun
aku hanya mampu senyum, biar & bersabar.

Share: