22 August 2016

#334

Mengapa? Kenapa?
Disaat ini kau perlu hadir
Mengapa? Kenapa?
Disaat aku dah terima semuanya, kau muncul.

Mengapa disaat ini aku sudah tertutup buat mu,
kau datang menjadikan aku tidak keruan lagi sekali

Mengapa kau perlu hadir?
Aku sudah lama 
terlalu lama letak kau jauh dari kehidupan aku.

Mengapa kau perlu datang tanpa aku pinta?
Adakah ini ujian buatku?
Share:

#333

Berapa lama, aku mahu tunggu sehingga aku boleh kata
aku bersedia

Berapa lama, aku perlu menanti sehingga
aku berani

Berapa lama, aku perlu lihat sehingga
aku berasa

kau memang untuk aku.
keyakinan tu, hilang sekejap datang sekejap.
Share:

#332

Malam hari, apa lagi aku akan ingat
selain kau
selain cerita kita
selain pasal kita
selain kau

tapi mana mungkin aku beritahu kau
mana mungkin aku pergi pada kau

semua itu mimpi
mimpi aku

kerna kau cuma hidup di dalam mimpi aku
sang pemilik hati.
Share:

19 August 2016

#331

I just want to say Thank You.
I dont want to make you special as you make me feel that way
because I know, in my heart you already have place. 

Its special place. Thank you for being you :)
Share:

#330

Tiada apa mahu aku bila aku tahu hati aku sudah cukup penat
tapi mana mungkin berhenti seketika itu sahaja
hati perlu hidup
hati perlu rasa
hati perlu isi

aku cuba lagi
aku kalah lagi
aku bangun balik
kerna sakit dia tak begitu dalam

dalam setiap titip doa aku,
aku doakan kau yang entah dari mana datang
pegang genggam hati aku sekuatnya
jadi diri kau dari mula aku kenal sampai titik akhir
itu doa ku, harap ku

akhirnya tuhan hadiahkan
kekalkan dikau dihati aku yang penuh kesakitan tu
moga kau bukan salah seorang yang akan meninggalkan kesan dihati ini

jujur, aku penat.
Share: