18 May 2016

#329

Nazura, menyepilah kau
Nazura, bawalah diri kau jauh
Nazura, tinggalkan segala pedih duka kau
Nazura, lari lah sejauh mungkin
Nazura, bangkit dan jangan toleh kebelakang lagi

Tolong, Nazura
Jangan sebegini lemah
Jangan sebegini lembik
Jangan hampakan sesiapa
Jangan hampakan diri sendiri

Tolong Nazura...
Share:

#328

Sebenarnya taktau nak cakap macam mana, bukan sekali rasa begini tapi berkali. Bukan salah siapa, salah diri sendiri sebenarnya. Aku yang terlampau bodoh, mungkin. Ya, kata orang lain aku tak selayaknya berasa begini sebab aku tak sepatutnya. Tapi pada aku, yang tahu diri aku. Aku tahu kenapa begini cerita hidup aku, mengapa begini corak hidup aku. Kerana masa dulu, aku seorang yang teruk. Ini ujian aku, ini balasan dosa-dosa aku pada Yang Esa, pada Mama Ayah aku. 

Mengapa tiada yang berada disisi, kerana aku.
Mengapa tiada yang sudi, kerna aku.
Mengapa tiada yang menyayangi, kerna aku.

Semuanya kerana aku, aku yang bersalah.
Aku terlampau
Aku terlebih
Aku tidak layak

Allah, pedihnya. 
Sampai saat ketika ini, difikiran ku cuma satu?
Apakah aku mampu lagi?
Apakah aku layak buat untuk menjadi terbaik untuk diri sendiri?

Aku tahu, Kembali kepada Yang Esa.
Share: