25 July 2015

318#

Cerita kau, lain
Cerita hang, lain
Cerita kita, lain
Cerita aku, lain

Liku hidup kita tak pernah sama
Anak tangga kita jauh beza sama sekali
Mungkin tangga kau naik lebih cantik dari aku
Mungkin tangga aku naik lebih pendek langkahnya

Mana kita tahu?
Rancangan kita, lain
Kau, Aku, dia.
Semua

Tapi kita pegang, percaya satu
Semua jadi pasti bersebab
Pasti ada hikmah.

Jadi, jangan paksa orang faham keadaan kita
sebab kita semua berlainan.

(Tak warna-warni kehidupan lah, kalau semua sama)
Share:

317#

Tanggal 10hb July 2015
Aku sakit
Sakit yang aku tak boleh nak ungkap dengan kata-kata
Hanya Allah yang tahu.

Sungguh, aku rasa mungkin begini lah abah tahan sakit tu
Betapa kuatnya abah tahan sakit berbelas tahun
Aku sakit hanya satu malam,
terus rasa mahu mati
mahu peluk mama ayah
menangis merintih

Aku disahkan ada batu karang di dalam buah pinggang,
buah pinggang aku bengkak
aku diam.

Langsung tak pernah terfikir.

Aku sedar, Allah hantar ujian sebegini untuk aku sedar
untuk aku tahu
sesihat mana pun aku, akan aku rebah jua.

Perancangan Allah sangat baik kerna Dia beri ujian
di bulan yang sangat mulia, Ramadhan.

Allah..

Aku bersyukur kerna di beri ujian ini
Aku tahu mesti ada hikmah yang baik, InshaAllah.

Jauh dari sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat
kerna aku ada keluarga & kawan-kawan
yang tak putus doakan aku.

Terima kasih.
Moga kesakitan ni, beri aku kesedaran.

Share:

316#

Dari pertama kali nampak
sampai hari ni kalau nampak
masih suka
masih boleh bikin hati ni tersenyum

Dari pertama kali dengar
sampai hari ni kalau dengar
masih rasa
masih tergiang lagi

Entah,
bila aku tengok kau
aku rasa macam nak senyum
suka tengok kau

dari pertama kali sampai hari ini
tak minta kau ada rasa sama dengan aku
sebab aku tahu kekurangan aku

biar aku simpan rasa ini
dari pertama kali sampai hari ini.
Share: