Sampai satu saat, aku sedar aku sayang kau sangat-sangat tapi sebenarnya cuma aku yang sayang kau sangat. kau? Kau dah lama letak aku ditempat paling bawah sekali, dan aku bodoh kerna baru sedar benda tu. Sebenarnya bukan pertama kali aku dijadikan begini, tapi lagi sekali aku bodoh kerana baru sedar, itu saja.
tapi, pertama kali dulu aku sudah rabak teruk susah sakit perit. Dan aku mampu bangun, kali kedua ni pun aku mampu bangun. Untuk kembali balik, tidak. Hati aku rasa dah cukup, akal aku pun tak mampu dah nak tampung apa lagi. Jujur, aku mahu lepaskan segala-galanya rasa ni, aku penat. Cukup letih dah, sampai aku tak mampu nak ucap dengan kata-kata.
Dulu, aku percaya aku dihancurkan kerana salah aku sendiri. Dan kali ni pun aku tahu salah aku kerana beri kepercayaan kepada kau. Percaya kau mampu buat aku bahagia, aku tahu aku salah. Bukan kau, kerana kau cuma menjadi kau. Dan kita bukan untuk kita. Aku faham.
Dan terima kasih, kerana untuk selama mana kau tahan dengan aku.
Aku penat tahan rasa, aku penat jujur, aku penat nangis, aku penat untuk seseorang. Sampai satu saat, aku rasa aku dah taknak bukak hati aku untuk sesiapa lagi. Aku rasa cukup untuk rasa penat ni. Aku mahu rehat yang panjang, boleh?
Harap aku mampu. Harap aku kuat.
Sekian, perempuan yang suka pura-pura kuat :)