20 August 2014

285#

dulu bila habis sekolah
aku selalu cakap "school time is the best memory ever"
aku selalu rasa dua tahun aku ada sana, aku bahagia
aku bahagia dengan orang-orang yang ada 
aku bahagia dengan apa aku alami
aku bahagia dikelilingi mereka

tapi sampai satu tahap iaitu sekarang
aku mula rasa aku buat keputusan salah dulu
salah sebab aku masuk sekolah tu
salah sebab aku pilih utk pergi sekolah tu
salah sebab aku rasa diri aku betul masa tu

mungkin itu dah memang aturannya
mungkin itu takdirnya

kalau aku tak pergi, macam mana aku sekarang?
kalau aku tak pergi, apa aku buat sekarang?

mungkin tak menulis macam ni
mungkin aku takkan jadi cengeng macamni

entah.

aku selalu rasa, aku kalah dengan apa aku pilih
aku rasa aku sendiri jatuh di jalan aku pilih

selalu rasa.
agaknya apa aku buat sekarang betul ka?
Share:

284#

aku selalu nampak kau
tapi jauh

aku selalu rasa kau
tapi jauh

aku selalu mimpi kau
tapi jauh

bila aku ingat, aku berharap kau pun ingat
tapi aku tahu cuma aku yang berangan macam tu

kau?
mungkin tengah bahagia
kau?
mungkin tengah capai impian kau

aku?
senyum sebab nampak kau walau jauh

terima kasih kerna pernah muncul dalam hidup aku
walau cuma seketika.
Share:

08 August 2014

283#

hi.
sebenarnya aku rindu
rindu sangat-sangat
kalau ada duit
kalau ada masa

aku dah terbang pergi pada kau
peluk kau
peluk lama-lama
senyum pada kau
cerita macam-macam pada kau

kau kawan paling aku mahu
paling aku minta
Alhamdulilah Tuhan kirimkan
jadikan kau 'angel' dalam hidup aku

Aku rindu kau
rindu kita yang selalu gaduh dulu
aku tahu kau masih sama
aku rindu kau
rindu dengar segala bebel kau
segala marah kau
rindu

kalau aku ada duit
ada masa
aku akan sampai sana
aku nak tengok kau sendiri
aku nak peluk kau sendiri
nak dengar suara kau betul depan aku
nak makan dengan kau

Ya Allah, aku sangat rindu seorang Nurul Ain Abd Samad
Terima kasih Tuhan hadiahkan dia dalam hidup aku.

:)
Share: