29 June 2014

280#

dah terlalu lama aku simpan
rasa marah ni
rasa benci ni
rasa menyampah ni
rasa muak
rasa geram
rasa meluat ni

sekarang, aku diam
maknanya aku rasa dah cukup aku sabar selama ni

pandai-pandai la kau.
Share:

279#

seronok? kau bahagia di atas penderitaan orang lain.
seronok? kau ketawa selepas kau dah hancurkan dia.
seronok? kau biar dia selepas kau puas gunakan dia.

mana letaknya keperimanusiaan kau?
mana letaknya sayang kau dulu yang hanya untuk dia?
mana hati yang kau agung sangat tu?

dah mati?
dah kau bunuh sendiri?

pesan aku cuma satu, dunia ini bulat. Sampai masa, kau tetap akan rasa apa dia rasa.
Share:

12 June 2014

278#

makin hari makin tipis
makin hari makin hilang
makin hari makin senyap
makin hari makin lenyap

makin hari makin tawar
makin hari makin lupa
makin hari makin kuat

--hidup wei, ada tawaq ada syok ada manih ada suam ada hangat ada masam ada macam-macam rasa. setiap orang takkan rasa sama macam hang rasa, dan hidup hang pilihan hang. hang salah pilih, hang tukaq jalan. senang ja, awat duk buat susah? -- seseorang
Share:

277#

kawan mengadu hilang lenyap sepi
dicari dipanggil makin jauh dia pergi
aku tunduk, dan pergi

cukup la, simpan dalam hati
kau kawan aku selamanya

kawan cakap tanpa henti, hilang
aku senyum, tepuk bahu sendiri
"takpa, sentiasa ada yang baru"

cukup la, simpan dalam hati
kau tetap kawan aku 

kawan yang selalu cakap "hey, susah senang kau aku pasti ada", hilang
aku senyum, tepuk bahu sendiri
"takpa, biasa dah"

sampai bila, kau nak beralah?
*sampai ada orang nak beralah untuk aku, mungkin :)
Share:

276#

aku mahu lari jauh dari semua ni
lari dari apa aku tengah rasa
lari dari apa aku tengah fikir

tapi mesti ada satu suara akan cakap 
"sampai bila nak lari?"
"sampai bila taknak selesaikan?"

jadi, sekarang aku disini
fikir jalan
fikir cara
fikir bagaimana

nak buang segala rasa tak perlu ni
letih dah
Share: