22 April 2014

270#

yang teristimewa
suatu hari nanti kau akan berada di hati aku

yang teristimewa
lambat atau cepat aku tahu kita pasti akan berjumpa

yang teristimewa
sejauh mana pun aku tahu Allah dah setkan masa dan tempat yang sesuai buat kita

yang teristimewa
aku akan sabar menanti

*senyum*
Share:

17 April 2014

269#

Tercinta,
kau mahukan bidadari cantik 
aku tak mampu berikan

Tercinta,
kau mahukan bidadari molek masa lampaunya
aku tak mampu ubah lagi masa lampau ku

Tercinta,
kau mahu bidadari menawan
aku cuma mampu beri senyuman terpaling manis 

Tercinta,
kau mahu bidadari merdu suaranya
maaf, suara aku begini kasar bunyinya

Tercinta,
kau mahu bidadari sentiasa ada
maaf, aku jauh aku tak mampu tunaikan

Tercinta,
berbahagialah dengan bidadari yang kau mahu
aku pergi menjadi diri aku bidadari yang cuma ada diri aku.
Share:

268#

Selama ni aku diam, aku ikutkan saja apa kata kau. Aku suarakan rasa hati, kau marah kau cakap 'cuba positive'. Bila kau pujuk yang tak serupa pujuk tu pun, aku ikutkan lagi. Aku diamkan lagi, aku gagah lagi. Tapi tidak sekarang, atau akan datang. Aku ingatkan diri, mustahil aku tak boleh move on sedangkan orang yang aku sayang bagai nak rak pun, aku dah boleh move on. Inikan kau. Kan?

--aku terlalu mencuba aku rasa dalam mengambil hati kau sampai aku lupa pasal hati aku. Aku lupa yang aku juga punya akal waras aku, aku lupa aku ada tahap kesabaran. Bila aku terlalu mencuba dalam membuat kau menyayangi aku sepertimana aku menyayangi kau sampai aku lupa untuk menyayangi diri aku.

Kali ini, aku harap hati aku dengan akal aku selari. Selari dalam membuat keputusan, keraskan hati dan akal kena lebih fokus

*tarik nafas dalam-dalam,lepas*

aku terlalu letih sebenarnya dalam proses kali ni. Aku rasa aku patut undur, biarkan kau kedepan. Biar kau jalan dulu, bila kau dah hilang dari mata. Aku jalan, aku teruskan perjalanan tanpa bayang kau lagi. Aku tahu aku kuat, aku mampu.

*tepuk bahu*

Share:

12 April 2014

267#

Menjadi seorang aku, tak senang
menjadi seorang engkau pun, aku pasti tidak senang
masing-masing punya cabaran sendiri
masing masing punya cara sendiri
masing-masing ada masalah sendiri
masing-masing ada geli sendiri
masing-masing ada perangai sendiri
masing-masing ada kebencian sendiri
masing-masing ada kesukaan sendiri

semua ada
tiada terkecuali

tetapi kita mesti ada satu persamaan
kita mahu yang terbaik buat diri
buat orang sekeliling
kita mahu disayangi
kita mahu dimanja
kita mahu dicintai

semua mahu
tiada terkecuali

seteruk mana pun dia
serabak mana pun dia
bermasalah mana pun dia
sehina mana pun dia

pasti, dia mahu.
Share:

09 April 2014

266#

rupanya begini bila tahap kesabaran dah hampir habis
rupanya begini bila tahap kesabaran betul-betul diuji
rupanya begini bila tahap kesabaran memuncak

rasa seperti mahu maki
rasa seperti mahu membabikan
rasa seperti mahu teranjang
rasa seperti mahu bodohkan
rasa seperti mahu persetankan kau

Haih~
Share:

07 April 2014

265#

disaat kau mohon aku tunggu
aku sudah pergi

disaat kau mohon aku sayang kembali
hati aku sudah tertutup

disaat kau mohon jangan putus asa lagi
aku sudah jalan ke hadapan

disaat kau mohon aku tengok kau
aku sudah jauh dari kau

#mimpi
Share:

05 April 2014

264#

teman
percaya tak aku akan sentiasa ada untuk kau
tak kira masa
tak kira tempat
tak kira bau
tak kira apa pun
aku akan ada

teman
percaya tak aku akan sayang kau
walau seburuk mana kau
walau sehina mana kau
walau selebet mana kau
walau sebusuk mana kau
aku tetap akan peluk kau

teman
percaya tak aku sentiasa ada?
percaya tak aku sentiasa sayang?

--kepada semua teman baikku, hampa tau siapa hampa ;)
*peluk cium dari ku*
Share:

263#

jangan senyum pada aku
jangan tegur aku
jangan cuit aku
jangan sesekali pandang aku

kerna aku akan sayang kau
kerna aku akan kasihkan kau
kerna aku akan kisahkan kau
kerna aku akan menganggu kau

aku taknak
aku taknak kau rimas
aku taknak kau pening
aku taknak kau serba salah
aku taknak

kau faham kan?
terima kasih.
Share:

03 April 2014

262#

aku percaya kau pasti akan kata 'kau cakap macam kau seorang sahaja yang sakit begitu'
aku senyum, aku gagah bangun seorang diri. Kau? walaupun kau sembunyikan rasa sakit kau, tetap ada seorang yang hulur rasa sayang pada kau, tanya khabar kau, ambik tahu pasal kau. tapi aku? sendiri. bangun pagi tanpa selamat pagi cinta, kau sihat. tidur malam tanpa selamat malam sayangku, mimpikan aku. tiada lagi, kosong. kau punya, kau ada seorang yang ada untuk dikongsi segala apa mahu kau cerita rutin harian kau. aku tiada. aku simpan sendiri. bebel sendiri. tapi aku percaya, aku boleh sendiri. walaupun kau sakit, ada ubatnya. seperti aku, aku membuat ubatnya sendiri.

--untuk kau yang telah pergi tanpa cakap maaf dan terima kasih.
Share:

261#

2010
tahun paling sakit aku rasa
paling aku sendiri takkan lupa
2010
tahun paling aku rasa kehilangan
paling aku akan simpan sebagai pengajaran
2010
tahun paling aku rugi
paling aku menghampakan semua
menghampakan diri sendiri
2010
tahun aku atur langkah untuk aku keluar dari kesakitan

2012
terpaling banyak hati aku rabak
terpaling banyak airmata keluar
terpaling banyak aku soal diri aku

aku percaya segala kesakitan itu aku boleh lalui
aku percaya

banyak perkara aku belajar dari tahun 2010 dan 2012
paling bersyukur 2012 umpama aku sedar dari koma yang panjang

bangkit
berdiri
bangun

seorang
berteman

tersenyum
aku lihat kebelakang, aku tahu dosa aku di masa lalu terlalu banyak
tak terkira
bodohnya aku
jijiknya aku
hinanya aku
berdosanya aku
di masa lampau.

aku berjaya tinggal semua tanpa menyesal
aku disakiti untuk perkara baik sekarang
aku menangis sepuasnya dulu untuk rasa keindahan sekarang

aku tak perlu lagi menanti 'orang' yang tidak menghargai aku
aku tak perlu lagi menangis untuk 'orang' yang tak tahu apa itu sayang sebenarnya
aku tak perlu lagi bertindak bodoh untuk 'orang' yang tak pernah nampak pergorbanan aku

sekarang, cuma aku dan mereka yang sayangkan aku seikhlasnya.
terima kasih.

Share:

260#

lelaki
aku tunggu terlalu lama
aku sabar terlalu lama
aku beralah sudah hampir selalu

izinkan aku putus asa
izinkan aku pergi
izinkan aku bebaskan diri aku sendiri

lelaki
pergi, cari apa mahu kau
pergi, dapatkan apa mahu kau
pergi, capai apa impian kau

bukan aku
aku tahu
aku takkan ada dalam senarai apapun

pasti
biarla
aku cukup sudah
rasanya.
Share:

259#

mahu saja aku jerit 'aku benci kau'
walaupun hati aku sayang kau 

mahu saja aku cakap 'pergi saja'
walaupun aku mahu kau disini

mahu saja aku katakan 'jangan beri aku harapan'
walaupun aku berharap 

susah betul mahu nyatakan benda yang otak mahu tapi hati tak mahu.
Share: