Banyak benda berubah, kau aku dia semua. Hubungan kita, keadaan kita, duit kita, badan kita, style kita dan mungkin perangai kita. Dari masa ke semasa kita jumpa orang lain, perubahan angin, perubahan tempat dan mungkin suasana lain. banyak kita akan belajar dari satu hari ke satu hari. belajar berkawan, belajar bercinta, belajar menerima, belajar menghukum, belajar memberi, belajar memahami dan belajar haram dan halal.
pengaruh dan keadaan buat kita jadi matang, mungkin. tapi mana kita pergi, setebal mana duit kita, setinggi mana ijazah kita, sehebat mana style kita, kita kena selalu faham kenapa kita ditakdirkan untuk apa kita ada.
mungkin untuk diri kita, mungkin untuk orang-orang disekeliling kita. We born for a reason, it must be one reason. A good reason :)
sebenarnya, aku terfikir. Apa kelebihan aku, apa kekurangan aku. Kenapa aku suka menulis? kenapa aku suka bercakap? Why? Aku nak tahu, aku nak apa aku suka menjadi manfaat pada orang. Buat orang senyum, buat orang fikir dua kali kalau buat keputusan bodoh, buat orang rasa dihargai. I wish i could.
Kalau la, aku dapat jadikan apa aku rasa sebagai satu bahan membaca orang lain, menjadi salah satu medium penyampai buat orang lain. Aku suka, aku nak orang gembira dengan aku. Tapi kita manusia, mana boleh kita puaskan hati semua orang. Mesti ada yang marah, ada yang suka, ada yang sedih dan mungkin sentap. Kita taktau. kita tak boleh main teka dan main agak pasal hati orang pasal kisah orang pasal kenapa orang tu cakap macam tu. kita takkan pernah tahu.
#aku harap satu hari nanti, akan ada orang baca benda ni. cakap dengan aku, aku bodoh sebab pengecut sangat. takpernah berani nak ambik satu langkah kedepan untuk diri sendiri.