23 November 2013

197#

kau mungkin ingat aku mahu permainkan hati kau
maaf
aku terpaksa

untuk ketika ini, paling aku harap
kau fahami keadaan ini.
kau positive.

aku harap.
aku mintak maaf.

#cintayangpahit
Share:

195#

aku 
rindu
kita.

ketika kita masih pegang title kawan
kawan baik.

rindu duduk di atas katil bilik no lapan.
kau dengar segala cerita.
aku dengar segala cerita.

kita gembira.
kita seronok.

sama-sama selesai masalah.
sama-sama tersenyum bila nampak antara satu sama lain.

mana pergi kita yg itu?

aku
rindu
kita.

yang duduk di padang lapang
cerita semua impian
kongsi impian
ikat janji akan bersama berkawan

kita senang hati.
kita happy.

mana pergi kita yg itu?

aku 
rindu 
kita.

#syn
Share:

19 November 2013

193#

Aku lepas semua pergi bukan kerna aku benci, tapi kerna aku terlalu mencintai
#inilagujiwangberkarat,

banyak benda aku sembunyikan
aku diamkan
aku hadap
aku hadamkan

biar sekarang aku lepaskan semuanya
biar aku sakit sekarang
biar aku susah sekarang

sekosong mana aku rasa sekarang
aku harap masa depan aku mampu kuat

ada seseorang pernah cakap,
apa jadi sekarang adalah dosa masa lampau kita
bekalan kita untuk masa depan
bila masa depan kita rabak, kita akan lebih kuat.
inshaAllah.

Terima kasih seseorang tu.
Dia dah takda.
Dia sentiasa nampak dari atas
Dia sentiasa ada
Satu hari nanti kita akan jumpa, di alam sana.

bukan aku - tasha mashahar #lagu jiwang kat atas tu.
Share:

192#

Best
Seronok
Tenang

Bila boleh sembang dengan someone pasal hal dulu
Bila buang awkward tu jauh-jauh
boleh gelak macam dulu
boleh sembang semua hal macam dulu

terima kasih someone.
11 tahun dah persahabatan kita
walaupun pernah terputus
tapi masih kekal sampai sekarang

no matter what happen,
i love you, old friend.
Share:

18 November 2013

191#

Banyak benda datang secara tiba-tiba,
aku cuba urus satu-satu.

jujur, kosong.
bukan aku mahu teman.
tapi aku rasa jiwa aku hilang.

mahu nangis.
mahu ada jiwa.
bila tulis tu, aku mahu rasa.

bila aku cakap aku kosong
ada orang ckp aku merumitkan hidup aku.

aku masih tak paham, maksudnya.
dia suruh aku chill up.

serius,
aku tak paham!
Share:

11 November 2013

190#

Walaupun dia terima baik buruk aku, tak semestinya aku tak payah ubah buruk itu jadi baik. Mana ada orang akan sabar dengan buruk kita selama-lamanya. Harus berubah demi kebaikan hubungan atau demi masa depan diri sendiri. 

Share:

189#

Susah-susah Dia turunkan, kau tolak.
Kau mahu lebih.
Apa kau mahu sebenarnya?

Ingat dia pun kadang,
kau mohon lebih.
Apa kau mahu?

Cuba ambil apa yang ada,
sabar dan berdoa.

Kita taktahu apa masa depan kita,
mungkin ini peluang untuk dapat yang cerah.
tapi kenapa kita tolak?

#cakap depan cermin
Share:

09 November 2013

188#

Kita takkan selamanya bersedih,
percaya pada Pencipta kita.

Bila kita bahgiakan orang lain,
Tuhan pun akan beri kebahagiaan buat kita.

Tunggu, sabar. Do'a
Itu penting.

Aku tersenyum sekarang, 
walaupun aku tahu kadang sekejap sahaja benda ni.
tapi sekurangnya hari ini hati ini berjaya senyum :)
Share:

07 November 2013

187#

Sykr.
Sudah 23 tahun.
Masih bernyawa. Masih mampu timba ilmu.
Masih belajar utk lebih matang.
Masih punya keluarga yang sentiasa penuh kasih sayang.
Masih ada kawan-kawan yang baik belaka.
Masih boleh senyum.

23 tahun,
macam-macam jadi.
23 tahun dapat hadiah paling tak disangka.
Segulung diploma.
Alhamdulilah.

Sykr.
Terima kasih Allah pinjamkan nyawa ini.
Terima kasih Allah hadiahkan semua ini
Terima kasih Allah.

*nangis*
Share:

02 November 2013

186#

Mana pernah aku lupa kau.
Sekali pun tidak.

Tapi bila teringat kau,
aku menidakkan.

Jujur aku malas mahu ingat.
Mahu tahu.
Mahu fikir.

Secara semula jadi nya biar la aku diam sahaja.
Kau tetap kawan dunia akhirat

*senyum*
Share: