27 August 2013

145#

'Saya tahu ini semua bukan apa awak nak, tapi awak terima sebab awak tiada pilihan lain'
*senyum*

#terimakasih kerana selalu faham & lebih tepat cuba fahami.
Share:

24 August 2013

144#

walau aku dapat pegang kau tapi pegangan tu dah tak sama. walau aku dapat cium kau tapi ciuman tu dah tak sama. walau aku nampak kau senyum tapi senyuman itu dah tak sama.

semua berubah. sekelip mata. aku masih cari sebab. kau masih tanya kenapa. aku hanya mampu cakap'beri masa' tapi aku tetap berfikir sampai bila. aku tahu kita makin jauh. 

mahu aku kata kau pergi pilih jalan kau. aku tahu aku boleh kukuh disini. walaupun berat itu yang patut aku buat dari dulu dari aku berasa kita dah lain dari kau dah seronok bersama yang lain dari semua jadi rumit macam sekarang

maaf aku lambat bagi kata putus
Share:

23 August 2013

19 August 2013

18 August 2013

15 August 2013

139#

dia yang aku suka senyumannya
dia yang aku suka pegang tangannya
dia yang aku suka gerak gerinya
dia yang aku suka baunya
dia yang aku suka cara cakapnya

yang aku sayang.
yang aku bermimpi untuk bersama
yang aku angaukan

pilih jalan untuk pergi
aku senyum, lambai & hanya mampu kata 'okay, aku okay'

#yang sebenarnya aku mahu peluk & cakap 'jangan pergi bodoh!'
Share:

138#

'kau nak tapi kau takut kan'
-kata seseorang kat aku. dia tahu apa sahaja. sampai aku sendiri malu.
dia tahu aku mahu, dia tahu aku suka, dia tahu kenapa aku takut & dia tahu kenapa aku masih di sini.

segala pasal aku dia tahu.
dia selalu syak sebelum sempat aku cerita.

dia selalu datang, tanya & kadang terus peluk.
itu dia.

tapi sekarang, dia ada kat sana.
aku tahu dia masih ada.
aku tahu dia sentiasa tahu.

setiap minit, setiap saat. ada do'a utk kau :)
Share:

14 August 2013

137#

Insan,
buka mata.
buka hati.
buka minda.

jangan rasa semua org tahu apa kau rasa.
jangan anggap semua orang tu macam kau.

dah berkali aku kata,
jangan bagi hati kau sepenuhnya.
simpan sama untuk diri sendiri

#marah diri sendiri
Share:

136#

Perempuan,
kau tak sekuat mana pun sampai hari-hari kau nak senyum macam kau tak sakit.

Perempuan,
kau tahu tak adakala kau kena bagi peluang pada diri kau.

Perempuan,
kau tahu kan yang kau sememangnya kena sayang diri kau dulu.

Perempuan,
kau fahamkan maksud jangan jadi hamba cinta.

Perempuan,
tolong kuat dari hati kau bukan sebab orang.

-jujurdaridirisendiripadadirisendiri *senyum sambil urut dada*
Share:

13 August 2013

12 August 2013