26 April 2013

103#

Aku patut diam.
Kalau rasa pun, buang ja.
Kalau terfikir pun, buang ja.
Jujur, aku dah malas.
Ya, sepatutnya dari dulu lagi aku tak fikir pun.
Benda kecil.
Benda remeh.

Kau kena buang,
campak, lempaq jauh.
Jangan dah simpan dalam hati.
Share:

22 April 2013

102#

1990,
I was know you as my mother
2013,
I still have you as my mother
Forever,
You are still my best mother.

I'm glad Allah give you as my mother ;)
Happy Birthday Mrs. Noorliza Shuib.
You're the greatest mother ever.
Thanks for given us a good life and good lesson of life.

We do love you more than anything in this world.

Lot of love,
Your sons and Daughters.
Share:

101#

Takda sebab aku pilih kau.
Kerna kau banyak sempurnakan hidup aku.
Kau tak sempurna.
Kau banyak kurangnya.
Begitu jugak aku.

Tapi kau dah sempurnakan hidup aku.
Share:

19 April 2013

100#

Syukur, doa aku termakbul.
Aku mahu baik dengan kau, kau & semua orang.
Macam masa dulu.

Aku harap aku tak salah langkah lagi.
InshaAllah.
Share:

17 April 2013

99#

Khamis, 18 April.
Aku harap akan menjadi hari paling boleh buat semua senyum.
Lega
&
Puas hati.

Aku harap, menjadi hari yang semua rasa berbaloi.
Aku harap, usaha kami mampu membuahkan hasil.

Terima kasih NAS,MISMY & NHAMN.
Harap kita semua mampu menjalankan apa yang kita rancang.

InshaAllah.

Share:

16 April 2013

98#

Rindu.
Rindu 'kita'
Aku tak pasti kau,
tapi aku pasti aku rindu.

Rindu.
Rindu 'situ'
Semuanya masih sama
tapi kita sudah berubah hingga tiada apa yg sama.

Rindu.
Rindu 'sana'
Masih riuh, masih nampak ceria.
Tapi kita sudah jauh, jauh lain dari dulu.

Rindu.
Rindu 'cerita itu'
takpernah putus.
takpernah hilang.
Sekarang yang tinggal kenangan.

Kita dulu kawan yang susah nak renggang.
Kita dulu kawan yang susah senang bersama.
Kita dulu kawan yang sakit sihat bersama.
Kita dulu kawan yang kongsi impian yang sama.
Kita dulu kawan yang selalu cuba isi kekosongan itu.
Kita dulu kawan yang gelaknya hanya kita yang tahu.
Kita dulu kawan yang berjanji akan bersahabat hingga akhirat.

Tapi siapa kita untuk atur semuanya.
Siapa kita untuk lawan takdir.
Siapa kita untuk pertikaikan semuanya.

Yang pasti kenangan bersahabat dengan kau, paling istimewa.
Yang paling indah. Yang paling berbekas.

Walaupun tidak lama, aku masih tahu aku sayang kau.

Share:

97#

Aku mahu cakap,
cakap yang sebenarnya aku tak sedia pun.
Aku masih dalam dilemma.

Tapi aku mahu beri diri aku peluang,
peluang yang hanya datang sekali cuma.

Aku harap aku mampu.
Mampu bukak hati ini.
Terima segalanya.

InshaAllah ;)
Share:

12 April 2013

96#

Hubungan kita pelik.
Adakala gaduh bila mesej.
Tapi bila on call, siap boleh bergelak lagi.

Kita dua pernah berjanji,
apa pun jadi kita tetap bersahabat.
Jadi mungkin inilah.

Kita ada dua dunia yang berbeza,
tapi satu masa dan ketika, kita boleh share bersama.

Pelik.
Tapi
Aku tahu kita dua saja rasa.

*senyum*
Share:

11 April 2013

95#

Aku percaya, semua orang akan jumpa kekuatan dia.
Lambat atau cepat.

Aku percaya, kalau dah jodoh tu akan ada juga
Lambat atau cepat.

Semuanya dah tertulis.
Kita hanya perlu usaha, doa dan tawakal.

InshaAllah.
Share:

94#

Kau ingat aku suka rindu kau macam ni?
Kau ingat best aku buat-buat taknak jumpa kau ni?
Sebenarnya bersebab aku buat macam ni.

Aku harap kau faham, wahai sang lelaki :)
Share:

10 April 2013

93#

Benda senang, jangan susahkan.
Benda susah, jangan tambah susahkan.

Semua benda boleh jadi ok.
Percayalah.

Sekarang susah, mungkin.
Lama nanti kau akan biasa sahaja.

Aku pernah alami,
jujur susah.
Aku nangis hari-hari.
Lama-lama aku okay.

Sekarang aku lega.

Aku harap kau pun.
Share:

09 April 2013

91#

Kau tau perasaan tak boleh di paksa- paksa
tapi kau bodoh pergi sayang orang yg kau tau tak boleh sayang kau sepenuh hati.
Kenapa kau selalu pilih jalan yg kau tau kau sakit?

Kenapa kau suka serah hati kau begitu sahaja?
Dulu kau dah tau ending dia, kau sakit.
Tapi kau cakap takpa.
Akhir sekali kau juga yang rabak seorang diri.

Kau dah ajar diri kau jangan percaya sesiapa.
Tapi kali ni kenapa kau rebah ha?!

Kau pergi tengok depan cermin sekarang,
tengok muka kau
tenung betul-betul.
muhasabah diri kau,
kau betul-betul boleh ke atau sebenarnya kau yang pura-pura.
Share:

04 April 2013

90#

Dear kawan lama,
Aku tahu kau baca ni.

Aku harap kau gembira disana
Aku tahu kau sentiasa berusaha untuk gembirakan diri kau sendiri.

Aku sentiasa sayang kau, walau bagaimanapun hubungan kita dah jadi.
Kau tetap teman aku dunia akhirat
Tiada kurang atau lebih.

Janji aku masih seperti dahulu,
aku mahu kau berubah.
Kau dan Allah sahaja tahu bila.

Semoga bahgia dengan kehidupan sekarang.
*Aku tulis disini sebab bila aku whatsapp kau, kau akan ckp psl kawan baik.
Aku malas nak dengar.

Maafkan segalanya.
Share:

89#

Selama mana kita bersahabat pun
Bukan itu gerentinya dia faham kita.
Ada kala makin palat adalah perangainya.
Jadi waktu berkawan tu tak penting pun.


Share:

88#

Kalau aku berasa hati dengan orang tu,
Aku akan jauhkan diri.
Bukan sebab aku tak suka dia dah.

Aku selalu akan cuba buat begitu
Supaya aku dapat neutralkan balik kepala aku
Hati aku.

Supaya aku tahu sebenarnya terasa hati tu no point pun.
Aku sayang orang tu sebab tu aku buat.
Aku taknak ada benci dalam diri ni.

Sebab aku taknak hilang orang yg aku perlukan.


Share:

02 April 2013