26 February 2013

69#

Pemilik myvi kelabu,
kenapa perwatakan kau suka berubah?
kenapa kau kadang terlalu baik?
kenapa kau kadang terlalu menyakitkan hati?

aku tahu kau kata kau suka berubah.
tapi yang jelasnya aku yang kadang suka kecewa dgn sikap kau.
sikap kau kejap prihatin.
sikap kau kejap tak kisah.
sikap kau kejap sayang.
sikap kau kejap hampeh.

aku kekadang yang menyampah.
Share:

68#

Selama belajar.
Dari semester satu sampai lima ni.
Cuma mereka ini yang aku ada.
Cuma mereka ini sentiasa buat diri aku senyum tak henti.
Cuma mereka ini yang ada tak kira waktu bila di minta pertolongan.

Sedih aku, mereka ada.
Senyum aku, mereka ada.
Senang aku, mereka ada.
Susah aku, mereka ada.

Tak pernah kata tidak.
Tak pernah marah.
Tak pernah buat muka.
Tak pernah gaduh.

Kasih sayang aku pada mereka, lebih dari mereka tahu.
Selama belajar, mereka mengajar aku merasa pelbagai rasa.
Selama belajar, mereka mengajar aku untuk kuat lagi.
Selama belajar, mereka menjadi semangat aku.

Aku syukur, aku dikurniakan sahabat seperti mereka semua.
Aku syukur, tuhan beri aku peluang kedua yang sangat tak ternilai.
Aku syukur, tuhan hantar aku kesini.

*nangis*

Terima kasih, Allah swt :)

Terima kasih korang :)





Lots of love, Nazura Ahamad Kamal ;)
Share:

67#

Ain,
Aku berat hati sebenarnya.
Berat hati aku nak keluar dari rumah ni.
Berat hati nak tinggalkan kau.

Nanti siapa nak bebel kat aku, kalau aku sakit.
Nanti siapa nak bagi aku makanan dah.
Nanti siapa nak dengar cerita aku.
Nanti siapa aku nak gaduh.
Nanti siapa aku nak perli.

Belum habis lagi.
Aku dah tau aku takleh kalau takdak kau.
Dengan siapa aku nak menggila wei.

Maaf, aku tak dapat tunai janji aku untuk stay dengan kau selama setahun lagi.
Kau paham kan?

Aku sayang kau, walaupun aku dengan kau suka gaduh.
Suka cakap kasar.
Suka main perli.

Kau la kawan yang paham aku.
Kau la kawan yang sentiasa tahu apa aku nak.
Kau la kawan yang terima aku.

Aku sayang kau sangat.

Terima kasih untuk 3 tahun yang sangat best.
Terima kasih sebab selalu beralah dengan aku.
Terima kasih sebab selalu bertolak ansur dengan aku.


*menangis*
Share:

66#

Walaupun tidak berjumpa.
Cukup sekadar dengar suara.
dan balas BBM.

Aku kira lima tahun kita tak berjumpa.
Aku rindu kau.

Kau kakak pertama aku dan jugak akan jadi yang terakhir.

Sayang kau wahai kakak :)
Share:

25 February 2013

65#

Gua mahu cerita pasal kita-kita
Kita yang tiga tahun bersama.
Kita yang tiga tahun berkongsi pelbagai rasa.
Kita yang serupa adik beradik ini.

Aku mahu kita bersama selamanya.

Share:

22 February 2013

64#

Paling mahu aku kata adalah
" Aku sebenarnya benci kau tapi hati aku sayang kau "

Jujur aku mahu maki kau. pukul kau. tapi itu cuma mimpi.
Jika aku dapat lakukan, mungkin aku puas.

Aku cuma mahu hilangkan rasa sakit selama ni bersarang.

Share:

63#

Kau yang buat orang lain pikir lain.
Kau sendiri tak datang mengadap semua orang.
Kau sendiri yang lari.
Kau sendiri yang cipta masalah ni.

Kau ikut kata emosi kau.
Kau rasa kau betul.
Kau bangga dengan apa kau ada.

Semua orang cuba ubah.
Semua orang cuba tolong.
Semua orang memberi.

Tapi kalau kau sendiri taknak.
Apa gunanya?

Kau sendiri bodoh, tak sedar dek untung.
Aku mampu doa kau sedar sebelum terlambat sahaja.

Amin.
Share:

62#

Biarlah jauh
Biarlah cuma kita yang tahu
Bagaimana rasanya.
Jangan tunjuk.
Kerna bila tunjuk, akan keluar beribu cerita.

Biarlah kita tahu rasanya, mereka akan tahu juga kelak.
Share:

21 February 2013

61#

Kita akan bersama.
Biarpun ada perkara yang buat kita terpisah jauh
tapi
aku pasti kita akan bersama lagi.

Kitakan sedarah.
Kenapa dulu boleh sekarang tak?
Share:

10 February 2013

09 February 2013

59#

Aku tak tahu kau masih ingat ke tidak
mungkin tak sebab kau cakap memori kau dah lost

kau pernah kata kau seorang yang tepati janji
cepat atau lambat kau akan tunaikan.

4 tahun aku kenal.
ya kau manusia begitu.

tapi sekarang, kau manusia paling pandai bijak menipu aku
mengguna kata-kata manis kau.
Share:

05 February 2013

02 February 2013

57#

Bahgia ni bukan datang dari satu sudut je.
Kau kena tengok semua aspek.
Baru mata hati kau betul betul terbukak.
dan nanti 

kau akan bahgia sebetulnya.
Share:

01 February 2013

55#

Hang baik.
Hang hantaq bunga kat aku 
Sebab tahu aku sedih dan sunyi
walaupun sebenarnya aku ni mana pernah suka bunga pun.

Apapun terima kasih pemilik kereta myvi kelabu tu ;)
Share:

54#

Dah lama baru sedar.
Kau sebenarnya tak penting pun.
Tapi entah kenapa aku selalu meroyan lebih pasal kau.

Kadang berpuluh minggu rileks je aku hidup tanpa kau
cuma satu hari je tiba-tiba teringat dan rasa sunyi.

Kesian kau.
Share: