Diam tak diam.
2013 datang.
2012 Banyak tinggalkan kisah yang best, pura-pura best dan jugak pahit sangat.
Semuanya berjaya dilalui dengan baik.
Syukur.
Harap 2013 mampu jadi tahun yang best, bagus, baik dan dirahmati.
In Sha Allah.
Dalam 2013 ini kemungkinan akan terjadi banyak perkara yang tak disangkakan.
Sungguh kita tak tau kan apa tercipta untuk kita pada masa hadapan.
Benda pertama yang aku paling harap untuk 2013 adalah
Aku dapat habiskan diploma dengan baik sekali.
In Sha Allah.
Cukup setakat aku mampu buat mama ayah senyum tatkala aku pakai jubah tu.
Itu paling aku harap dari dulu.
Harap 2013 menjadi tahunnya.
Jodoh?
Itu pasti setiap tahun aku berharap tapi aku rasa bukan 2013 menjadi tahunnya.
Biarlah dulu.
Jika ada, terima.
Jika tiada, senyum dan redha.
2013, Selamat Datang dalam hidup aku.
Dan secara rasminya aku akan berumur 23 tahun pada november 2013 nanti.
Semoga hari mendatang akan mematangkan aku lagi.
Amin.