24 November 2012

36#

Kita pernah bahagia dahulu.
Kau pernah membuat aku rasa sempurna.
Kau pernah buat aku rasa seperti dunia ini aku yang punya.

Tapi semua itu dulu,
Sampai sekarang aku masih pikir kenapa aku mampu bahgia dulu.
Mungkin kerana aku ada kau.
Mungkin kerana kau peneman aku.

Tapi aku tahu,
Aku mampu bahgia lagi :)

Terima kasih kerana pernah buat aku rasa bahgia.
Share:

11 November 2012

35#

Buat apa kau ingat dia - tanya si kawan
Aku bukan ingat dia tapi kenangan aku dengan dia - jawapan aku

Kau tahu kenangan itu buat kau sakit macam sekarang - kata si kawan
Aku tahu, aku rela - jawapan aku

Sesungguhnya kau bodoh - kata si kawan
Ya! Itu pun aku tahu - Jawapan aku

-Kesimpulannya, aku tak mahu pun ingat dia. Aku cuma rindu teringat kenangan bersama dia. Aku cuma mahu diri aku tahu aku pernah bahgia suatu ketika dahulu, aku pernah senyum dahulu. Itu sahaja-

Ikhlas dari aku,
Aku mahu lupakan dia, maksud aku kenangan bersama dia
tapi tidak, kerana dunia kita kecil sahaja.
Share:

08 November 2012

34#

Dikejar benda yang engkau pasti engkau takkan dapat
Engkau menangis
Engkau menjerit
Tapi akhirnya engkau sendiri rasa diri kau bodoh
Jadi untuk apa kau tunggu lagi, untuk apa kau kejar lagi.
Kau lari lah ke arah lain
Arah yang kau sendiri tahu itu kebahgiaan kau.

Engkau kenal diri kau
Kalau kau sendiri dah lupa diri kau macamana
Pergi depan cermin, maki diri sendiri
Peringat diri sendiri.
Jangan jadi bodoh berharap benda yang kau tahu kau tak mampu capai pun.

Tak salah sekali sekala buat dia jadi medium kau teruskan hidup
tapi jangan gunakan dia sebagai tempat bergantung
itu punca kau sakit, bodoh!

Jadi sekarang, kau cuba. Cuba sebab engkau boleh.
Cuba lupakan, teruskan hidup dengan bergantung pada Nya dan diri sendiri.
Itu lebih baik :)
Share:

33#

Pertama, syukur aku masih mampu kejar apa aku nak.
Kedua, Umur aku dah naik satu lagi tangga dan aku harap bila makin meningkat umur tu makin meningkat lah tahap kematangan aku. Maksudnya aku takleh nak gedik, manja sangat dan jugak jangan jadi bodoh.
Ketiga, dalam umur aku sekarang aku bersyukur aku punya kawan-kawan yang dilayak panggil sahabat kerana mereka ubat kedua utk aku lepas famili aku.

Mereka sentiasa ada memujuk, memberi senyuman, memberi kata-kata semangat dan jugak tulang belakang dikala diri ini dah rapuh. Sayang mereka :')

Share:

04 November 2012