16 October 2012

31#

Kepada orang yang aku suka tapi aku simpan je dalam hati.
Kau baik.
Kau nampak jujur.
Kau senyum manis.
Kau nampak comel kadang-kadang.
Tapi aku tahu aku takkan mampu nak cakap aku suka kau.
Aku simpan, simpan sampai orang lain tak nampak
Termasuk kau.

Jujur, aku mahu cakap.
Tapi aku tahu aku akan nampak bodoh.
Bodoh dimata kau dan yang lain.
Biar aku simpan rasa ni jauh jauh.

Dengan kawan baik aku sendiri aku tak berani nak cerita
Jujur aku takut.

Kau milik orang
Aku?
Mungkin milik orang.

Aku doa kau bahgia.
Itu sahaja aku boleh cakap.

Aku tahu Allah maha mengetahui semua ini.
Lagi-lagi perasaan aku.
Share:

30#

Sekiranya aku diberi peluang untuk pergi,
Aku mahu.

Aku tak mampu lagi untuk duduk disini.
Aku tak mahu.
Aku letih.

Aku cuba bertahan sehabis boleh.
Aku cuba cari lagi kekuatan
Aku bukan mahu mengalah
Tapi jujur aku cuma letih.

Letih hadap macam-macam.
Aku mahu pergi dari sini.
Share:

07 October 2012

29#

Perasaan yang ada minta di buang
Perasaan yang ada minta di pijak
Perasaan yang ada minta di sampahkan

Kau ni manusia jenis apa
Mula beri
Lepas tu minta balik

Buruk siku sangat.


Share:

28#

Pergi la.
Aku taknak.

Aku taknak engkau.
Engkau beri aku bahgia walaupun sakit ada engkau.
Kenapa perlu ada kau?

Aku taknak pertikaikan
Sebab aku tahu itu punca aku masih terus bersama mereka yg menyakitkan aku.
Aku suka perasaan tu bila perlu je.

Aku selalu berharap hati aku kuat macam besi
Tapi malangnya dia lembik macam jelly

Sekali dah pecah
dah kurang sedap.

Hmph
*nangis*
Share: