31 August 2012

15#

Kadang-kadang aku rasa colour rambut ni hot
Kadang-kadang aku rasa free hair ni cool

Dulu ya mungkin aku berminat dengan semua tu
Sekarang? Takda rasa dah nak macam dulu

Kadang-kadang aku rasa single ni cool jugak
Kadang-kadang aku rasa couple ni best jugak

Dulu ya aku rasa couple tu satu kewajipan
Sebab kalau tak couple, kau akan rasa loser.
Hey itu dulu!

Sekarang, aku sendiri pilih untuk single dan terus kahwin kelak
Malas nak pikir
Itu alasan paling bodoh aku boleh bagi.

Dalam erti sebenarnya aku memang takda hati pun nak couple
Walaupun ada kala aku jeles nak mati dengan kawan-kawan yang couple
Tapi aku cuba untuk still katakan tidak pada couple

Serius, rindu nak couple
Rindu nak keluar hujung minggu
Rindu nak dengar orang wish good morning 
Rindu nak dengar orang wish good night
Rindu nak dengar orang kata dia perlukan kita
Rindu nak rasa orang risaukan kita
Rindu nak dengar orang bebel kat kita

Banyak benda manis sebenarnya tapi once benda buruk dah jadi
Semua ni akan hancur

Aku begini cuma sebab satu
Aku ditipu
Aku dikhianati

Jadi aku taknak lagi
Biar lah manis mana pun couple tu
Aku tetap kata tidak
InsyaAllah :)
Share:

14#

Aku selalu berharap hati aku berubah
Berubah daripada sayang kau kepada tidak sayang
Tapi aku taktau kenapa hati aku degil sangat
Sampai saat ini aku sayangkan kau lagi

Adakah aku yang salah sebab masih ada perasaan ni?
Bermacam cara aku cuba buat untuk lupakan kau
Macam mana kau boleh lupakan aku dengan cepat sekali?
Jujur aku mahu jugak

Mungkin hati yang Allah kurniakan pada aku ni
Hati yang susah sayang orang tapi bila dah sayang, sayang sangat
Aku harap aku dapat hilangkan rasa sayang ni

Tuhan, Bantu aku :')
Share:

22 August 2012

13#

Memaafkan itu senang
Melupakan itu susah

Aku paham keadaan tu
Tapi kita sebagai manusia perlu memaafkan
Untuk kesejahteraan semua orang
Memaafkan itu adalah jalan paling effective.

Macam pepatah buang yang keruh amik yang jernih
Kan?

Aku akui, manusia ini ada satu sifat
Bila dah kena bahan, dah kena sembur, caci
Dan paling penting bila semua orang tahu kesalahan dia. 
Dia akan rasa malu dan terhina sangat

Tapi tak salah kalau kita mulakan dulu
Hati manusia Allah buat lembut je
Mustahil orang takkan memaafkan kesalahan kita.
Kan?

Meredhakan itu bermaksudnya kita minta maaf dengan semua org yg kita buat salah
Bukan pertahankan kesalahan kita dan sembunyikan diri kita.

Kita semua diberi akal yang sempurna oleh Allah swt
Jadi guna sebaik mungkin.

Kita hidup tak lama, tak guna kita bermusuh sesama kita :)

#Maafkan saya jika ada yg terasa.

Share:

20 August 2012

12#

Assalamualaikum kawan-kawan :')
Kesalahan yang kita buat kadang-kadang tak layak pun diterima maaf tapi sekalian orang tetap memaafkan kesalahan kita tu sebab mereka rasa kita boleh berubah. Tapi kenapa kita masih buat kesalahan yang sama, tak tahu kah?kita bahawa mereka terasa sakit sangat dalam hati itu. Kenapa kita buat kalau kita tau? Sengaja atau tidak sengaja. Ya semua manusia pernah buat salah, tapi cara kita sedar akan sesuatu kesalahan tu berlainan. Ada setengah orang masih mahu pertahankan diri walaupun kesalahan itu terang lagi bersuluh. Pelbagai jenis manusia melakukan pelbagai jenis kesalahan. Sekiranya kita redha untuk memaafkan, maafkan sahaja. Lepas tu, tutup buku. Tapi aku tahu manusia mana mampu sorokkan rasa sakit dalam hati, meskipun hari-hari senyum didepan semua orang bagai tiada apa yang sakit. Ramai macam tu, aku tahu. Sebenarnya semua orang berlakon, berlakon jadi gembira walaupun dalam hati sedih sangat. Berlakon senyum walaupun sebenarnya rasa macam nak masam je sepanjang hari. Kita bukan hipokrit tapi kita nak jaga mood dan hati orang lain, sebab kita sayang semua orang. 

Maka dengan itu, kepada sesiapa yang selalu menyakiti orang lain tu sedar lah. Kita bukan lama kat dunia ni pun, mohon sedar cepat sebelum terlambat. Dan sila sedar bahawa sebenarnya orang paling suka kita sakitkan tanpa sedar tu sebenarnya paling sayang kita :')
Share:

15 August 2012

11# (Slot untuk syok sendiri)

Yo.
Gua muncul kali ni bukan bawak mood sedih walaupun sebenarnya hati gua sesangat rabak
Gua cuba happy (sekurang-kurangnya)
Gua cuma nak cakap gua happy sebab nak balik raya.
Eh bukan balik raya jawapan dia, balik jumpa famili gua.
Gua rindu tahap boleh gila dah ni.

Gua ni orang paling manja sekali tapi gua paling lama tak balik
Mesti mama ayah gua bangga sebab gua tak habiskan beras dorang bulan ni.
Hak Hak Hak.

Di kesempatan ni, gua nak ucap
Selamat hari raya geng!

Eh sepatutnya blog gua ni jadi tempat gua luah benda sedih je, ah! Bedal!
Okay! Selamat hari raya aidilfitri ya semua yang dicium disayang dipeluk yo (dalam mimpi)
Gua mintak ampun lah dari luar sampai dalam.
Gua ni bukan baik je selalu
Mulut pun kadang ada gak seperti mintak penampo tapi hati gua ni baik orangnya :DD
*ok, itu puji diri sendiri.

Selamat hari raya yoo!

(Gua update awal sebab harini gua ingat mungkin esok gua lupa dah nak bukak blog ni)
Share:

11 August 2012

10#

Bila aku senyap
Kau bising
Bila aku bising
Kau senyap

Serius letih
Letih hadap perangai entah hape hape ni
Letih nak senyum je
Letih lah dalam semua hal

Boleh tak nak pause dan terus tekan next chapter
Serius malas dah nak hadap

Share:

06 August 2012

9#

Hati, jiwa, kepala dan segala nya yang berasa
tolong simpan sabar tu lagi
jangan biar dia keluar
sekat - sekat

Bila hilang sabar
aku akan jadi seorang manusia yang lain
rasanya terlalu lama aku tak marah
tak maki
tak tengking

aku banyak telan.

jadi sabar, keep bersabar lagi.
kuatkan hati, 
kuatkan jiwa.
hentak kepala di dinding.

supaya lupa segala apa yang orang sekeliling kasi.
Share:

03 August 2012

8#

Aku datang
Engkau pergi
Aku datang bawa seribu harapan yang aku sendiri tak tahu apa.
Aku percaya engkau

Engkau pergi tanpa tinggal sedikit pun harapan untuk aku cuba gembira.
Engkau kejam
tapi
Aku sayang.

Engkau dayus, aku sayang.

Sekarang, aku pulak mahu pergi. Sungguh-sungguh pergi :'(
Share:

7#

Dengar.
Simpan.
Hati.
Hancur.
Mata.
Menangis.
Senyum.
Manis.
Ketawa.

Setiap kali jadi sesuatu, kita selalu neutralkan balik jiwa kepala hati kita supaya tak terus marah tak terus jatuhkan hukuman.

Selalu.
Perlu.
Harus.
Begitu.

Tapi siapa kita nak tipu perasaan kita sendiri. Siapa kita nak sorokkan rasa ini lama lama. Hati ini jujur, tapi kita yang ajar hati kita untuk jadi penipu.

Sedih.
Pilu.
Sakit.

Kita perlu siapkan bata paling kukuh dalam hati supaya dia tak roboh lagi.
Share:

02 August 2012

6#

Jelik rasanya tapi aku cuba nak buang rasa jelik tu.
Nak buang jauh jauh dengan orang macam engkau.
Dan paling penting aku nak jauhkan diri
tapi orang macam kau lagi dekat kot dengan aku ni.

serius rimas.
rimas tahap rasa macam nak mandi berkali kali.

Kenapa? Aku perlu hadap orang orang macam kau ni.
Share:

01 August 2012

5#

Kau rasa kau senyum macam tu aku cair?
Oh dulu mungkin, serius sekarang aku rasa nak ludah je depan kau.
Malas nak layan, malas nak pikir.

Ya aku kurang ajar sekarang, jadi?
Kau kurang ajar takpa, Apehal aku tak boleh?

Okay, orang kata kalau orang buat kita
Dan kita takleh buat orang, tapi dengan engkau
Inilah permainannya.
Share:

4#

Wahai adik-adik,
Dengar sini chek nak habaq
Hampa tu kecik lagi, rasa nya panties hampa pun mak hampa beli
Jadi toksah lah berlagak dengan kami ni.

Kami bukan nak berlagak pandai,
tapi kami nak kongsi pengetahuan dan pengalaman kami ja.
Kami sayang hampa yang comel lote ni.

Kadang apa yang hampa nampak tu kecik dan sikit ja,
Hampa dah masuk U ka, pi sekolah asrama ka nanti
lagi macam macam jenih orang hampa jumpa nanti.

Jangan toksah duk hemoi sangat kat J ni.
Kesian diri hampa nah :)

Share: